Saturday 27 April 2019

Pameran SKTPP Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019

Terima kasih buat PPD Sepang kerana telah memberi peluang kepada SKTPP untuk membuat pameran Pusat Sumber dan aktiviti sekolah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang di Kipmall, Kota Warisan. Justeru pihak sekolah mengetengahkan aktiviti dan pencapaian dalam bidang Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu), Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan sukan kriket.
   Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke booth kami melihat maklumat dan pencapaian murid-murid, guru-guru dan sekolah melalui bunting & flyers yang disediakan serta piala-piala yang kami perolehi. Semoga perkongsian tersebut dapat menyuntik semangat dan ilham buat rakan-rakan guru dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid serta menyebarkan kerja buat guru-guru di sekolah kepada masyarakat di luar sana..







Antara piala-piala PPDa yang dipamerkan



Menyusun bahan-bahan pameran Ujana Ilmu, kriket & PPDa




Bergambar kenangan bersama murid-murid PPKI yang akan membuat persembahan pentomen khas nanti


GB ditemuramah oleh wartawan Ujana Ilmu TV; Cikgu Malisha





Guru-guru bertugas menanti pengunjung

Murid-murid PPKI membuat raptai persembahan yang akan dipersembahkan nanti



Pn. Machitah dan Pn. Zalifah PPD merakam gambar


GB bersama bunting "Kenali SKTPP"


Pegawai-pegawai PPD Unit Kokurikulum singgah melihat bahan pameran kriket


Perasmi; Tuan Suresh a/l Arumugam melawat tapak pameran SKTPP dan berbicara dengan GPM; Pn. Arnny Yusnita dan murid PPKI; Irfan.

Tuesday 23 April 2019

Pertandingan Mewarna Poster PPDa Peringkat Daerah Sepang

Pertandingan mewarna poster ini diadakan di SMK Putra Perdana. Sebanyak 5 sekolah rendah Daerah Sepang telah menyertainya. SKTPP menghantar 4 orang wakil daripada darjah 1-3. nasdib tidak menyebelahi mereka tetapi telah diungguli oleh SK Pulau Meranti. Tahniah diucapkan. walaubagaimanapun, cikgu tetap berbangga dengan semangat anak-anak SKTPP ini.








Cuba lagi pada masa akan datang ya...

Wednesday 17 April 2019

Perbincangan Modul Intervensi PPDa di KPM

Hari ini Guru Besar menghadiri Perbincangan Modul Intervensi PPDa di KPM. GB telah berkongsi pendapat dan pengalaman selaku pentadbir sekolah mengenai modul yang akan digunakan di sekolah seawal tahun depan. Tahniah kepada personalia utama dan para JU PPDa yang telah bertungkus lumus menyiapkan modul yang sangat lengkap & berguna ini. Semoga dapat membantu GBK mengurus murid-murid berisiko rendah dan tinggi dengan menggunakan "buku oren" itu nanti..













Thursday 11 April 2019

2 Vivo Benci DARVIH

Keterujaan murid SKTPP menggunakan tagline benci DARVIH masih hangat. Pada...2 Vivo bersama Cikgu Arzah meneroka Bilik Sumber PPDa untuk mendapatkan maklumat tentang DARVIH.