Friday 17 August 2018

Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Selangor 2018

Alhamdulillah.... Syukur... Tanggal 14 Ogos 2018 (Rabu) satu lagi kenangan manis buat SKTPP...
Sekali lagi, SK Taman Putra Perdana berjaya di peringkat Negeri Selangor.
Dua anugerah yang diterima oleh Guru Besar dan Sahabat PPDa merupakan pengiktirafan yang tiada tolok bandingnya. 

Tahniah kepada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali di atas anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman 2017/2018" dan tahniah kepada Sahabat PPDa SKTPP atas penganugerahan "Pengawas PPDa Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017 / 2018". Anugerah-anugerah tersebut telah diterima dalam Majlis Anugerah PPDa dan Pertandingan Video Kreatif GPSBestari - MKJR yang berlangsung di Karangkraf, Shah Alam.

Anugerah ini sempena komitmen murid, guru, ibu bapa & warga sekolah yang menjadi tulang belakang kecemerlangan PPDa. Semoga dengan apa yang diterima pada hari ini akan menyuntik lebih lagi semangat dalam membanteras DARVIH.

Buku program yang menarik!!
Majlis dirasmikan oleh YBM. Senator Dato Raja Kamarul Bahrin Shah (Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan)
Alhamdulillah... Tahniah Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali di atas penganugerahan " Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman"



Bersama Tuan Hj Mohd Ghazali (Pen. Pengarah PPDa, JPNS) dan Cik Rohaya (Pegawai PPDa PPD Sepang)

Tahniah !! 

"Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman"

Sijil Pencapaian

"Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang"

Bergambar kenangan semasa majlis berlangsung

Sesi soal jawab

Tahniah Puan!!

Slot "Wacana Ilmu"

Eh...Ameng Spring

Mereka....juga menyokong SKTPP Benci DARVIH
Perkongsian yang menarik daripada barisan ahli panel yang hebat. Mengupas isu yang berkaitan dadah.




Satu majlis penyampaian semula telah dilaksanakan dalam kedua-dua sesi dengan tujuan menguar-uarkan kepada seluruh warga SKTPP.


Sesi pagi : Anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman" kepada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali telah disampaikan oleh Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian. Manakala "Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang" untuk Sahabat PPDa telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali








Sesi petang : Pn Jumilah bt Ahmad mewakili Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali menerima anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman" daripada Setiausaha PPDa; Pn. Rozimah. Penyampaian "Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang" telah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad.




Tahniah dan syabas buat seluruh warga SKTPP. Semoga usaha membanteras dadah dan DARVIH ini akan berterusan sampai bila-bila walau di mana jua kita berada. Ayuh kita buktikan kepada JPN Selangor bahawa kita memang komited membenci dadah sepanjang zaman dan masa!
SKTPP BENCI DARVIH
SKTPP CEMERLANG TANPA DARVIH

Thursday 2 August 2018

Lawatan Penanda Arasan PPDa SMK Seri Sepang

Hari ini sekolah menerima lawatan penanda arasan PPDa dari guru-guru SMK Seri Sepang yang diketuai Pengetua; Pn. Zaini Mohd Shah. Terima kasih kerana sudi melawat Bilik Sumber PPDa sekolah kami. Sebelum melawat Bilik Sumber PPDa, para pelawat dibawa melawat Ujana Ilmu (PSS) sekolah kami terlebih dahulu. Semoga dapat berkongsi ilmu dan menyuntik semangat untuk memperkasakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan DARVIH di sekolah kita...