Tuesday 28 June 2016

Mesyuarat AJK Larian Amal

Program Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" akan berlangsung pada 7 Ogos 2016. Sambutan yang diterima masih kurang memberangsangkan. Setakat ini, baru 15 orang yang telah mendaftar online (termasuk seorang peserta murid). Justeru Mesyuarat AJK Larian Amal kali ini telah membincangkan dengan serius langkah-langkah dan pendekatan yang akan diambil bagi merancakkan lagi kempen dan promosi.
   Guru Besar telah mengumumkan kepada semua guru bahawa semua guru diminta untuk samada menyertai / menaja / mencari peserta / memberi sumbangan sekurang-kurangnya seorang / RM60.00 sebagai komitmen demi kejayaan program ini. Semoga ibu bapa juga turut mengambil langkah yang serupa dan amat dihargai. Terima kasih kepada En. Syawal Naib YDP PIBG yang telah hadir sama dan mempengerusikan mesyuarat kali ini selaku Pengurus Program.
   Penyelaras akan menghantar seberapa banyak surat kepada orang perseorangan dan syarikat menjemput menyertai maupun sebagai penyumbang bagi menampung kos hadiah dan perjalanan program. Program ini juga akan diwar-warkan ke lebih banyak website bagi menarik perhatian orang ramai. Semoga program larian ini akan mendapat sambutan yang lebih baik serta mencapai objektif yang dihasratkan. Aamiin...





Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan 5 Minit Antidadah

Tarikh : 28 Jun 2016
Nama Sahabat PPDa
Mohd Haziq Fahim bin Ahmad Azhar (4 Respiratori)
Putera Asyraf bin Ismail (3 Tabla)

Mohd Haziq Fahim bin Ahmad Azhar 

Putera Asyraf bin Ismail




TAJUK : BAHAYA ROKOK ELETRONIK

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine.
Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripadarokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.


Penangguhan Pendaftaran Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Makluman kepada semua yang belum mendaftar untuk menyertai Larian Amal ini, tarikh tutup ditangguhkan sehingga 22 Julai 2016. 

Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya...Jom beramai-ramai memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"






Tuesday 14 June 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 14 Jun 2016
Nama Sahabat PPDa
Nur Alia Maisara binti Mat Murti (5 Zuhrah)
Amirah Syadiyah binti Samsuri (3 Tabla)

Nur Alia Maisara binti Mat Murti
Amira Syadiah binti Shamsuri



TAJUK : ROKOK ELEKTRONIK


Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga kini , sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet dan secara terbuka.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi 

- Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin.
-Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.
- Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.
- Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Monday 6 June 2016

Jom Sertai Kami Dalam Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" 2016

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Jom cergas sambil beramal....

Semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" anjuran bersama SK Taman Putra Perdana dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP yang akan diadakan pada 7 Ogos 2016 nanti. Tarikh tutup penyertaan pada 22 Julai 2016.

Anda berpeluang untuk menyertai 3 kategori yang dipertandingkan;
1) Terbuka - 10 km
2) Fun Run - 4 km
3) Murid Sekolah - 4 km

Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada hari tersebut:
# Pameran Bilik Sumber PPDa - Johan Negeri Selangor 2015 / 2016
# Pameran daripada agensi seperti AADK, KKM, PDRM, JKDM
# Permainan Kanak-Kanak
# Gerai Jualan
# Cabutan Bertuah     



Maklumat lanjut boleh dilihat dalam blog dan facebook rasmi Larian Amal; 
Klik di sini larianamaldarvih@blogspot.my