Wednesday 29 April 2015

Kursus Asas Komunikasi Sahabat PPDa

Sahabat PPDa merupakan agen utama yang membantu guru-guru bagi menggerakkan aktiviti PPDa dan menyampaikan maklumat semasa berkaitan PPDa kepada rakan-rakan di sekolah. Justeru itu bagi memantap kemahiran komunikasi Sahabat-Sahabat PPDa ini, pada hari ini telah berlangsung satu ceramah khas berkaitan Kemahiran Asas Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Haswandi b. Ahmad bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP.

Antara objektif program ini diadakan  adalah :

  • Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisyen dan berketrampilan kepada peserta.
  • Melahirkan sahabat PPDa yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan.
  • Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovasi dalam melaksanakan program PPDa di sekolah.
  • Melahirkan sahabat PPDa yang berkarisma dan berfikiran strategik serta cekap dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan.


Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman dan sesi ceramah oleh En. Mohd Haswandi

Sesi Ice Breaking

Antara aktiviti yang dijalankan semasa sesi ceramah

Peserta mencari bahan terpakai untuk LDK

Menyiapkan tugasan dalam sesi LDK

Sesi pembentangan hasil kerja kumpulan
 Bergambar ramai bersama penceramah -
Kami Benci DARIH!!

Saturday 18 April 2015

NYDP PIBG bersama OKP AADK Dalam Pertandingan Memancing

NYDP PIBG iaitu YM Tg Syawaluddin b Tg Mamat bergerak aktif dalam aktiviti bersama Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK. Pada 18 April 2015 beliau telah bersama-sama OKP dan kakitangan AADK dalam program tersebut di kolam memancing Salak Tinggi. 

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Shahrum b Mohd Shariff (ADUN Dengkil). Objektif utama program ini adalah mempromosi gaya hidup dan pergaulan yang sihat. Berikut adalah gambar-gambar program ;





Thursday 16 April 2015

Ikon PPDa Amir Raja Lawak Terbaik!

Pada 13 April 2015 dengan rasminya Amir Raja Lawak (RL) menjadi Ikon PPDa SKTPP.
Kesungguhan Amir RL dalam menyebar luas bahaya DARIH jelas digambarkan di dalam Instagramnya.

Jutaan terima kasih kepada Amir RL kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan begitu cemerlang.




Tuesday 14 April 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 5)

Tajuk                                   :  Penyalahgunaan ubat-ubatan dan bahan
Nama Sahabat PPDa          :  Nur Yasmin Damia Bt Annis (6 Viva)
                                               Nur Alya Iman bt Shaharudin (3 Respiratori)

Tarikh                                  :  14 April 2015

Isi-isi info  :

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan


3. Daun ketum
Daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung serta di selatan Thailand. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Monday 13 April 2015

Majlis Pelancaran Ikon PPDa

Majlis Pelancaran Ikon PPDa - pelawak terkenal tanahair Amir Raja Lawak telah diadakan pada 13 April 2015 bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Pegawai Khas Dadah Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, En. Zulfikri bin Abu Samian, Yang Dipertua PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar serta Naib YDP PIBG; YM Tengku Shawaludin turut hadir dalam majlis pada sebelah pagi.

   Manakala majlis yang sama pada sidang petang telah dihadiri oleh Pegawai AADK Daerah Sepang; En. Izzahid, Pn. Murziana dan En. Firdaus.

   Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang kepentingan membanteras DARIH (Dadah, Arak, Rokok, Inhalan dan HIV/Aids). Selain itu, objektif program ini adalah untuk bekerjasama dengan ikon, agar dapat menyebarkan maklumat berkaitan DARIH. Seterusnya menjadi harapan agar program ini dapat menarik minat murid-murid mendalami dengan lebih dekat lagi tentang bahaya DARIH.



Atur cara Majlis

Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar

Gimik pelancaran

Ucapan Ikon PPDa - Encik Mohd Amirullah bin Azmi  (Amir Raja Lawak)
30 Minit Bersama Ikon PPDa  


Majlis sesi pagi :

Bacaan doa
Ucapan Guru Besar
Pelancaran Ikon PPDa
Ucapan Ikon PPDa - Amir Raja Lawak
Ikon PPDa SKTPP
Bersama Sahabat PPDa
Bersama murid-murid

 Sign autograf murid-murid
Bersama murid-murid prasekolah
Bersama murid-murid PPKI
Turut bersama semasa latihan kompang
Bersama murid-murid di kelas

 Ambil tandatangan ikon

Di depan Bilik Guru

 Di dalam Bilik Guru

Bersama pasukan sahibba sekolah yang sedang menjalani latihan

Bersama pekerja pembersihan

 Di arca PPDa

Di pondok pengawal keselamatan
Majlis sesi petang :


Amir diiring ke dewan oleh pegawai-pegawai AADK bersama Guru Besar

Pelancaran ikon PPDa

Anak-anak murid begitu teruja dengan gelagat Amir

Amir menyampaikan ucapan

Kuiz kepada murid-murid

Bersama semua guru sesi petang

Sign autograf lagi

 Dikerumuni peminat sebelum balik

Terima kasih Abang Amir. 
Jumpa lagi dalam program-program PPDa kami yang lain pada masa depan. Bye!!

Lagi laporan majlis yang sama dalam blog SKTPP di sini dan blog PIBG di sini.