Friday 31 October 2014

Tuesday 28 October 2014

Din Benci Dadah

Mengambil kesempatan menyampaikan ceramah dalam Bengkel Jadual Waktu, Cikgu Mohd. Fakhruddin telah melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Terima kasih Cikgu Din..

 Di bilik Guru Besar



 Ceramah di bilik mesyuarat

Di bilik sumber PPDa

Friday 24 October 2014

Sumbangan bahan dari pembekal

Dalam membangunkan Bilik Sumber PPDa, kami banyak menerima sumbangan bahan dan peralatan dari syarikat-syarikat pembekal yang berurusan dengan sekolah. Antaranya ialah Syarikat Minda Cergas yang telah menyumbang lagu-lagu PPDa untuk digantung di Bilik Sumber PPDa...
Lagu "Demi Matahari" - lagu tema AADK

Lagu-lagu semasa bertemakan Benci Dadah yang sering diajar oleh Guru Muzik kepada murid-murid
 
Mr. George menggantung sendiri bingkai lagu-lagu tersebut
 
Hasil kolaborasi

Tuesday 21 October 2014

Sumbangan peralatan oleh PPD

Sebagai penggerak utama program PPDa di sekolah-sekolah, PPD banyak membaeri khidmat bantu termasuk dalam aspek bimbingan, motivasi serta sumbangan-sumbangan perkhidmatan, peralatan dan bahan. Terima kasih banyak daripada kami atas kemudahan yang diberi. Antara peralatan yang telah diterima dari PPD Sepang ialah;

plastik folder
 
plastik laminat

Sunday 19 October 2014

GB bersama murid-murid SKKW sentiasa Benci Dadah

GB telah berkesempatan hadir memeriahkan Perkhemahan Unit Beruniform SK Kota Warisan. Murid-murid dan guru-guru SKKW komited membenci dadah seiring dengan slogan SKTPP....







Kami Sentiasa Membenci Dadah!

Friday 17 October 2014

Latihan Dikir Barat PPDa

SKTPP terkenal dengan kehebatan pasukan dikir baratnya. Justeru pasukan dikir barat sekolah telah dipilih untuk membuat persembahan semasa penghakiman PPDa nanti. Meski sibuk dengan pelbagai program dan tugasan sekolah, guru-guru masih sempat melatih pasukan dikir barat PPDa sekolah dengan bersungguh-sungguh. Syabas semua murid yang terlibat...







E wa bule.... benci dadoh...

Pdp di Bilik PPDa

Selain menjadi sumber dan hentian setempat kepada warga sekolah bagi program PPDa, bilik sumber PPDa juga digunakan oleh guru-guru untuk dijadikan tempat bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) harian sebagai salah satu alternatif tempat selain dalam bilik darjah. Guru-guru akan mengaitkan bahan-bahan yang ada di dalam bilik PPDa tersebut dengan isi pengajaran mereka...



PPDa SKKW @ Universal Studio buat SKTPP

Sempena lawatan Tahun 6 SK Kota Warisan ke Singapura pada 14 - 16 Oktober 2014, murid-murid dan guru-guru SKKW menggamitkan lambaian Benci Dadah merentasi sempadan sebagai tanda sokongan penuh terhadap usaha PPDa SKTPP...

Dedikasi khas "Kami Benci DARIH" murid-murid SKKW buat SKTPP dari Universal Studio, Singapore

Thursday 16 October 2014

VLE Frog Benci Dadah

Jom tengok mural VLE Frog versi Benci Dadah hasil karya artis terkenal; En. Masjudan...




Keluarga Frog Benci Dadah