Tuesday 6 February 2018

Pemantau PPGB Melawat Bilik Sumber PPDa

Pada 6 Februari 2018, 3 orang Pegawai Latihan Negeri Selangor iaitu Pn. Ruzaimah (PPD Sepang), En. Ahmad Khairani (PPD Gombak) dan En. Abu Hassan (PPD Sabak Bernam) telah hadir membuat taklimat, pementoran dan bimbingan di bawah Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Seramai 16 orang guru baharu SKTPP terlibat dalam taklimat tersebut.
   Usai sesi bimbingan, pegawai-pegawai tersebut telah dibawa melawat Bilik Sumber PPDa. Alhamdulillah lawatan ringkas tersebut telah menarik hati mereka yang berhasrat untuk membawa guru-guru lain membuat lawatan penanda arasan pada masa depan. Alhamdulillah.. kami berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan maklumat yang ada dengan para pendidik. Harapan kami semoga visi & misi PPDa yang murni ini akan tercapai segera demi masa depan anak-anak kita.








Thursday 1 February 2018

Majlis Pelancaran Hari Antidadah Peringkat Negeri Selangor

Guru Besar, PK HEM dan guru-guru SKTPP telah berkesempatan menghadiri dan memeriahkan Majlis Pelancaran Hari Antidadah Peringkat Negeri Selangor anjuran Unit PPDa JPN Selangor, AADK & Pemadam di SMK Tinggi, Klang. Tahniah buat Ustaz Hadri dan Ustaz Zubair selaku AJK Gimik! Menarik persembahan "magic show" yang diketengahkan berserta penceritaan yang awesome. Tahniah Unit PPDa JPS atas majlis yang sangat bermakna ini!



Kempen 'Sokong Sekolah Bebas Dadah' SMK Jalan Bukit, Kajang


Bersama Pemangku Pegawai PPDa PPD Sepang; Cik Rohaya bt. Jaafar

Ucapan perasmian oleh Pengarah AADK Negeri Selangor; Tn. Md. Razif bin Wan










Persembahan gimik yang mengujakan

Nyanyian lagu rasmi PPDa

Barisan VIP


Bersama mantan boss PPDa KPM; En. Bob yang baru sahaja bersara

Bersama Pengarah AADK Negeri Selangor; Tn. Md. Razif b. Wan

Membantu membuat Hebahan PPDa SMK (P) Kapar, Klang