Friday 15 April 2016

Program Family On Alert (FOA) AADK di SK Taman Seroja

Atas jemputan pihak AADK selaku Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali telah menghadiri Forum Keibubapaan "Anakku Ahli Syurga" & Pelancaran The Champion di SK Taman Seroja (SKTS). Program anjuran AADK Daerah Sepang dengan kerjasama SKTS dan PIBG SKTS ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Marsum Paing.
   Tahniah buat AADK yang telah dapat menganjurkan program-program FOA dengan kerap dan lancar sekali. Forum yang dipersembahkan oleh penceramah-penceramah jemputan dengan moderator sangat menarik dan telah dapat menghidupkan suasana dewan dengan begitu berkesan. Tak terasa masa telah menginjak ke larut malam. Persembahan nyanyian lagu "Rapuh" di awal majlis oleh penyanyi undangan AADK dan diakhiri dengan duet nasyid bersama ustaz Muhamad Khairul Anuar penceramah begitu menusuk kalbu.
   Tahniah juga buat SKTS kerana dapat melaksanakan pelancaran program The Champion hasil ilham Pengarah JPN Selangor kita ini dengan cara yang begitu istimewa. Semoga anak-anak didik kita akan berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR tahun 2017 ini..

















No comments:

Post a Comment