Wednesday 6 April 2016

Lawatan Penanda Aras Bilik Sumber PPDa Daripada SK Bukit Kuchai

Kehadiran Guru Besar SK Bukit Kuchai, (SKBK) Puchong; Pn Shyamala a/p Selvarajah kembali semula ke SKTPP dalam lawatan penanda aras Bilik Sumber PPDa mengingatkan kami kembali semasa beliau memegang jawatan PK Kokurikulum 5 tahun yang lalu.
  Kali ini beliau bersama PK Kurikulum dan barisan guru-guru SKBK seramai 9 orang ke SKTPP bukan sahaja melihat Bilik Sumber PPDa tetapi mengambil peluang untuk melihat Kelas PAK-21.
   Semasa lawatan ke Bilik Sumber PPDa, 6 orang Sahabat PPDa bertugas sebagai jurupandu sepanjang lawatan tersebut dijalankan. Hasil lawatan ini, SK Bukit Kuchai bersama-sama SKTPP secara tidak langsung telah menjalinkan Program Membina Kerjasama dan Jaringan Bersama Antara Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sesi pendaftaran. Pelawat dibantu oleh Sahabat PPDa


Pelawat dipandu oleh Sahabat PPDa dalam Bilik Sumber PPDa

Para pelawat penuh perhatian mendengar penerangan daripada Sahabat PPDa

Majlis penyerahan sijil tanda kolaborasi antara kedua-dua buah sekolah

Bergambar kenangan bersama SK Bukit Kuchai dengan tagline benci DARVIH



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment