Tuesday 24 November 2015

Mesyuarat JKPD

Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK kerana telah menjemput Guru Besar SKTPP menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) bil. 3/2015 di Pejabat AADK Daerah Sepang. Selain GB, turut sama ialah YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat; Naib Yang Dipertua PIBG SKTPP yang lebih awal menjadi ahli JKPD.3
   Pengerusi JKPD; YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif tidak dapat bersama dalam mesyuarat kali ini kerana masih cuti sakit. Didoakan semoga YB akan cepat pulih sepenuhnya setelah menjalani pembedahan beberapa bulan yang lepas. Tahniah kepada Timbalan Pengerusi JKPD; En. Mohd. Rusydan yang telah mempengerusikan mesyuarat dengan lancar dan begitu santai sekali.
   Tahniah juga kepada ahli-ahli JKPD yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, IPG Kampus Teknik, Tekun Nasional, Rela, Jabatan Perpaduan, Penghulu Mukim Lanjut merangkap Setiausaha Pemadam, Ketua Kampung Labu Lanjut, Jabatan Perpaduan, Pengerusi KRT dan pengusaha syarikat yang hadir sama. Sesungguhnya JKPD telah memberi komitmen yang sangat cemerlang sepanjang tahun 2015 ini. 
   Dalam mesyuarat ini JKPD telah membincangkan pelbagai cadangan program untuk tahun 2016. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen semua...
















Wednesday 18 November 2015

Lawatan Tn. Hj. Helmy ke Bilik Sumber PPDa SKTPP

Sempena perasmian Hari Anugerah Cemerlang oleh Tn. Hj. Helmy bin Arshad; YDP PIBG SK Taman Seroja SKK, beliau telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa SKTPP. Beliau melahirkan rasa teruja dengan keunikan bilik sumber tersebut. Terima kasih tuan haji....







Friday 6 November 2015

Lawatan Murid-Murid Ke Bilik Sumber PPDa

Sebagai memenuhi agenda hujung tahun, murid-murid telah disusun jadual lawatan ke Bilik Sumber PPDa mengikut kelas sesi pagi dan petang serta PPKI. Sahabat PPDa bertugas mengawal murid dan memberi penerangan berkaitan maklumat dan info yang ada di setiap terminal dan sudut bilik PPDa tersebut. Secara tak langsung ianya dapat melatih Sahabat PPDa agar lebih lancar dalam berkomunikasi dan memantapkan lagi pengetahuan berkaitan DARIH. Semoga lawatan ini dapat menyebarluaskan lagi info DARIH kepada murid-murid SKTPP...












Thursday 22 October 2015

Majlis Jasamu Dikenang PPDa oleh PPD Sepang

Terima kasih buat PPD Sepang atas penganjuran Majlis Jasamu Dikenang di Palace Of The Golden Horses, Mines Sri Kembangan. Penaung majlis ini ialah Tn. Hj. Helmy bin Arshad; YDP PIBG SK Taman Seroja. Selamat Hari Lahir buat Tn. Hj. Helmy...
 Tujuan majlis ini adalah untuk menghargai agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang banyak membantu dan menyokong program PPDa di sekolah-sekolah. Turut dihargai adalah GB, guru-guru PPDa dan YDP serta NYDP PIBG 3 buah sekolah yang aktif di daerah Sepang ini dalam menganjurkan program-program PPDa iaitu SK Taman Putra Perdana, SK Kota Warisan dan SK Taman Seroja.
 Terima kasih semua. Jasa baik kalian takkan kami lupakan..