Objektif
program:
i. Info ini dapat memberi
pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran
kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar
memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi
yang sihat dan berguna kepada masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan
disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini
diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan
paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di
peringkat sekolah rendah.
Laporan Info
5 Minit Antidadah
Tarikh : 1 Mac 2016
Nama Sahabat
PPDa
Luqman Hakim bin Nor Azmi (4 Respiratori)
Muhammad Nur Amir Al-Hafiz bin Nor Azmi (3 Tabla)
Luqman Hakim bin Nor Azmi (4 Respiratori)
Muhammad Nur Amir Al-Hafiz bin Nor Azmi (3 Tabla)
TAJUK : FAKTOR-FAKTOR
MENDORONG PENGAMBILAN ALKOHOL
Faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku
pengambilan alkohol termasuk:
i. Mudah diperolehi :
Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet)
saperti di kedai runcit, kedai kopi, pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan
kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada
undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman
beralkohol.
ii Pengiklanan
Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar,
majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan keghairahan dan
kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol.
iii Pengaruh rakan sebaya
Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan
sebaya.Pergaulan yang bebas ini boleh mendorong kaum remaja untuk mencuba
sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan pelbagai
tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka.
iv Mencontohi ibu, bapa
dan ahli keluarga
Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap
remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga menagih alkohol dan ini akan
memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk mengamalkan
tabiat ini.
v
Mencontohi Idola
Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan
artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan mereka. Jika sekiranya idola ini
suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja
tersebut untuk mengambil alkohol.
Luqman Hakim bin Nor Azmi |
Muhammad Nur Amir Al-Hafiz bin Nor Azmi |
No comments:
Post a Comment