Thursday 24 March 2016

Ceramah dan Pameran Antidadah

Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, Ceramah Dan Pameran Antidadah peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Mac 2016 khas untuk pelajar-pelajar tahun 5 (sesi pagi) dan tahun 3 (sesi petang).  Ceramah yang penuh informasi ini telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang diundang khas dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Cik CT Ashlida binti Che Mat (sesi pagi) dan  Encik Muhamad Firdaus bin Abu Talib (sesi petang).  

Pelajar-pelajar tahun 1, 2, 4 dan 6 pula telah diberi peluang untuk melawat Bas Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Di dalam bas pameran ini, murid-murid diberi pendedahan tentang jenis-jenis dadah, bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan  pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah, menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keazaman semua warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.  

Marilah kita bertekad dan berazam untuk menghapuskan penyalahgunaan dadah yang boleh “menjahanamkan” masyarakat. 


HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH.


Gambar-gambar Ceramah Antidadah














Gambar-gambar pameran







Lagi laporan Ceramah dan Pameran Antidadah dalam blog SKTPP di sini.

No comments:

Post a Comment