Berita Majlis Pelancaran PPDa SKTPP semalam (klik di sini dan di sini) telah memenuhi dada akhbar Utusan Malaysia keluaran 1 Mac 2016. Terima kasih pihak Utusan Malaysia atas ruang yang diberi. Ini membuktikan usaha pihak sekolah yang bersungguh-sungguh dalam memberi pendidikan pencegahan dadah dan DARVIH kepada anak-anak murid kami khususnya telah mendapat tempat yang istimewa pihak UM untuk disebarluaskan kepada khalayak ramai. Ini memberi lebih semangat kepada kami untuk meneruskan perjuangan dan amalan rutin membanteras dadah ini dengan lebih serius dan penuh iltizam yang tinggi. Semoga para pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini bukan sahaja kebal daripada anasir dadah dan DARVIH malah mendapat info yang terkini berkaitan najis dan musuh No. 1 negara yang sangat berbahaya itu melalui Bilik Sumber PPDa sekolah. Tahniah buat anak-anak murid SKTPP atas kesatuan tekad kita ini! Teruskan perjuangan sampai bila-bila tanpa jemu meski banyak halangan dan rintangan berada di hadapan maupun di sekeliling. Terima kasih Utusan!!
No comments:
Post a Comment