Monday 29 September 2014

Program Lima Minit Dadah

Tajuk: Sekolah Bebas dadah
Masa: Waktu perhimpunan
Tempat: Dataran Perhimpunan
Disampaikan oleh dua orang Sahabat PPDa:
1. Adik Muhammad Hazmi Bin Zuraini (6 Seraya)
2. Adik Akid Darwish Bin Rashdan (5 Wira)

Sekolah Bebas Dadah

Anak kenari si anak merbah,
Anak merpati di atas para;
Cemerlang sekolah tanpa dadah,
Gemilang bangsa maju negara.

Terang tanah baru nak pulang,
Duduk bermadah hati nan walang;
Tanpa dadah pelajar cemerlang,
Maju bangsa negara terbilang.

Waktu petang menunggang kuda,
Duduk berbincang di atas titi;
Cegahi dadah di usia muda,
Cergas minda pelajar berkualiti.

Hendak mencari bunga angsana,
Hutan tebal jangan diredah;
Program dirancang tugas dilaksana,
Agar murid bencikan dadah.

Dara sunti berdua di tangga,
Sambil menganyam ketupat palas;
Pelbagai agensi berpadu tenaga,
Pastikan HIV AIDS terus dibanteras.

Mawar merah kesukaan mama,
Gubahan indah hiasan meja;
Sifar dadah wawasan utama,
Warga sekolah bersemangat waja.



No comments:

Post a Comment