Saturday 20 September 2014

Lawatan Tapak : Program "IKRAM JUNIOR STAYING SAFE"

Hari ini wakil dari IKRAM telah datang ke SKTPP untuk melihat tempat program yang akan dijalankan pada 28 September 2014 (Ahad) nanti.

Lawatan ini telah disambut oleh Penolong Kanan Petang, Pn Rosmah bt Jamat dan beberapa orang guru yang lain. Sesi perbincangan mengenai program ini telah dibuat antara pihak sekolah dan pihak IKRAM bagi melancarkan program yang akan diadakan nanti.

Wakil IKRAM yang hadir pada hari ini ialah Pn Izahana bt Haron bersama-sama rakan beliau iaitu Pn Suria & Cik Sabrina. Mereka juga mengambil kesempatan ini untuk melihat Bilik Sumber PPDa. Berikut adalah gambar yang dirakamkan sepanjang lawatan ini...

Wakil dari IKRAM dari kiri Pn Suria, Cik Sabrina & Pn Izahana


Semoga kolaborasi antara pihak sekolah dengan NGO ini akan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga keselamatan murid dan menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

No comments:

Post a Comment