Tuesday 2 May 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti Info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2017 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program Info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 2 Mei 2017
Nama Sahabat PPDa
Amer Iskandar bin Yusri Thaudeen (6 Zuhrah)
Adelia Hayfa binti Norhizam (3 Titanium)

TAJUK : BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justeru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. La
rutan nitrosamine ini akan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

No comments:

Post a Comment