Program Info 5 Minit Antidadah
Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak
mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa
bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan
pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna
kepada masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari
bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah
yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan
lain dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam
sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan
positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.
Laporan
Info 5 Minit Antidadah
Tarikh :
2 Mei 2017
Nama
Sahabat PPDa
Amer
Iskandar bin Yusri Thaudeen (6 Zuhrah)
Adelia Hayfa binti Norhizam (3 Titanium)
Adelia Hayfa binti Norhizam (3 Titanium)
TAJUK : BAHAYA
ROKOK ELEKTRONIK
Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok
elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan
kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.
“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok
elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya
justeru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan
kesihatan.”
Secara terperincinya, dikatakan
bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang
bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan
gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine.
Dan larutan nitrosamine ini akan menjadi penyebab
terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan
masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila
menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan
bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.
Yang pasti, rokok
elektronik ini tidak
mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang
sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok
elektronik menerima kesan buruk yang sama.
No comments:
Post a Comment