Wednesday, 1 March 2017

Program 5 Minit Antidadah Bulan Mac 2017

Sesi Pagi
Nama  : Luqman Hakim bin Nor Azmi
Kelas   : 5 Respiratori
Tarikh   :1 Mac 2017

Sesi Petang
Nama  : Mohd Shafiq Ahnaf bin Kamarol
Kelas   : 3 Vanadium
Tarikh   :1 Mac 2017

TAJUK : KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan para remaja. Di antara kesan negatif tersebut adalah:

i.    Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.

ii.   Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.

iii.  Masalah kenakalan remaja, di mana remaja terlibat dengan masalah kenakalan / delinquency. Berkawan dengan pelajar yang bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain.

iv.  Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-lain.

v)   Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.

vi)  Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara membunuh diri.




No comments:

Post a Comment