Friday 10 March 2017

Kursus Asas Sahabat PPDa 2017

      Sahabat PPDa merupakan agen utama yang membantu guru-guru bagi menggerakkan aktiviti PPDa dan menyampaikan maklumat semasa berkaitan PPDa kepada rakan-rakan di sekolah. Justeru itu, bagi memantap kemahiran komunikasi Sahabat-Sahabat PPDa, Unit PPDa SK Taman Putra Perdana berjaya menganjurkan Kursus Asas Sahabat PPDa yang telah berjalan dengan lancar pada :

Tarikh / Hari  : 10 Mac 2017
Masa                 : 8.00 pagi - 11.50 pagi
Tempat             : Bilik Mesyuarat dan Bilik Sumber PPDa
Penceramah    : Encik. Muhammad Afandie bin Yahaya


      Peserta Kusus Asas Sahabat PPDa terdiri daripada semua Sahabat PPDa sesi pagi SK Taman Putra Perdana berjumlah 43 orang. Pembahagian secara terperinci adalah seperti berikut :

Sahabat PPDa Tahun 4 : 12 orang
Sahabat PPDa Tahun 5 : 14 orang
Sahabat PPDa Tahun 6 : 17 orang

Antara objektif program adalah seperti berikut : 

1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
2. Memperkasakan kemahiran berkomunikasi yang betul dalam kalangan Sahabat PPDa.
3. Mempertingkatkan " softskill " Sahabat PPDa.

     Kursus ini dimulakan dengan Ceramah "Komunikasi Berkesan" yang disampaikan oleh Encik Muhammad Affandie bin Yahaya. Kursus ini berfokuskan kepada asas komunikasi yang mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara keterampilan dan adab yang betul. 
  
      Setelah selesai ceramah selama dua jam, kursus ini diteruskan dengan simulasi di Bilik Sumber PPDa. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan serta keterampilan diri semasa menyampaikan maklumat. Semoga anak-anak murid yang terpilih sebagai Sahabat PPDa ini telah mendapat ilmu yang berguna dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi samada untuk kegunaan seharian mahupun untuk digunakan semasa bertugas sebagai jurucakap di Bilik Sumber PPDa serta semasa ditanya berkaitan PPDa oleh para pelawat dan rakan-rakan. 

Gambar semasa kursus di Bilik Mesyuarat : 

Buku Program Kursus Asas Sahabat PPDa 2017


Pengacara Majlis, Puan. Nor Arzah Bt Hussin


Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali


Ceramah disampaikan oleh Encik Muhammad Afandie bin Yahaya



Sahabat PPDa tekun mendengar Ceramah Komunikasi Berkesan


Penyampaian cenderamata kepada penceramah


Penyampaian sijil kepada wakil Sahabat PPDa


Bersama Penceramah sebelum bersurai.. Kami Semua Benci DARVIH

Gambar semasa simulasi di Bilik Sumber PPDa : 

Terminal Alkohol


Terminal HIV / AIDS


Kolam


Terminal Rokok


Balai Kesengsaraan

No comments:

Post a Comment