Friday 10 February 2017

Program 5 Minit Antidadah Bulan Februari 2017

Sesi Pagi
Nama    : Mohamad Hazwan bin Aminur Rasyid
Kelas    : 6 Zuhrah
Tarikh   : 1 Februari 2017

Sesi Petang
Nama    : Muhd Danny Nashman bin Samsul Anuar 
Kelas    : 3 Vanadium
Tarikh   : 1 Februari 2017

TAJUK : PERGANTUNGAN KEPADA DADAH

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

i) Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

ii) Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa. Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah).

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :-

  •  Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
  •  Daya tahan meningkat.
  •  Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
  • Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
  • Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu






No comments:

Post a Comment