Hari ini
tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Pasukan hakim Penarafan Bilik
Sumber PPDa peringkat negeri Selangor tiba pada
pukul 8:30 pagi. Mereka disambut oleh para pentadbir serta Sahabat PPDa dengan
diiringi bunga manggar ke dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan.
Setelah
bergambar, mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi ucapan, menyaksikan
persembahan multimedia dan penyampaian cenderahati. Selepas menjamu selera, para
hakim kembali ke bilik mesyuarat untuk menilai fail-fail yang telah disediakan
berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Kemudian, para hakim
telah dibawa melawat Bilik Sumber PPDa dan disambut oleh murid-murid Sahabat PPDa yang bertugas
di setiap terminal.
Tahniah
kepada semua murid atas komitmen terhadap tugas masing-masing dan berjaya
menunjukkan penghayatan yang begitu cemerlang. Semoga impian untuk mendapat Johan menjadi kenyataan.
|
Pintu masuk Bilik Sumber PPDa |
|
Pegawai-pegawai bersama pentadbir |
|
Mengalu-alukan kedatangan para pegawai |
|
Laungan 'Kami benci DARVIH' oleh para pelajar |
|
Pengacara majlis |
|
Persembahan |
|
Semua pegawai yang hadir bergambar kenangan |
|
Persembahan multimedia |
|
Lawatan ke Bilik Sumber PPDa |
|
Ikon PPDa; Amir Raja Lawak bersama pentadbir dan Sahabat PPDa |
No comments:
Post a Comment