Monday 14 September 2015

Karnival Futsal PPDa

Hari ini 14 September 2015 (Isnin) telah berlangsung program "Karnival Futsal PPDa" di Gelanggang Futsal Taman Putra Perdana. Karnival anjuran SKTPP ini merupakan perlawanan futsal persahabatan bersama sekolah-sekolah berhampiran iaitu SK Taman Putra Perdana 2, SK Pulau Meranti, SK Cyberjaya dan SK Kota Warisan. Program ini diadakan bagi menjalin persahabatan PPDa sekolah bersama komuniti setempat dalam siri melebarkan slogan "Hidup Sihat Dan Cergas Tanpa Dadah"

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan murid yang aktif dalam aktiviti sukan dan memupuk sifat kepimpinan berpasukan di samping menyedarkan murid-murid peri pentingnya menjauhi Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS (DARIH).

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd. Ali; Guru Besar, SKTPP. Karnival ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn. Azizah binti Mokhlas selaku Penolong Kanan Kokurikulum, SKTPP. 

Keputusan perlawanan;

Johan        : SK Pulau Meranti
Naib Johan : SK Taman Putra Perdana
Ketiga       : SK Kota Warisan
Saguhati    : SK Taman Putra Perdana 2
                  SK Cyberjaya

Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih buat semua sekolah yang telah memberi sokongan. Jumpa lagi tahun depan.

 Banner Program

 Buku program Karnival 

 Perasmian Karnival Futsal PPDa oleh Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali

Mesej "SKTPP Benci DARIH" dari semua peserta, guru-guru pengiring dan urusetia karnival sebelum program berakhir. Terima kasih semua!

(Lagi laporan Karnival Futsal PPDa dalam blog SKTPP di sini)

No comments:

Post a Comment