Friday 11 September 2015

Kajian Tindakan PPDa 2015

Dua tajuk Kajian Tindakan telah dijalankan berkaitan program PPDa bagi memenuhi kriteria instrumen penilaian bagi pertandingan bilik sumber PPDa peringkat negeri 2015. Tajuk kajian tindakan yang telah dijalankan adalah:
       1.       Keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan murid Tahun 6
       2.        Pengetahuan dan pembabitan berkaitan rokok dalam kalangan murid lelaki
Kajian tindakan telah dimulakan dengan mengadakan mesyuarat berkaitan kajian tindakan pada bulan Mac  2015.

Edaran soalan soal selidik dan penerangan cara menjawab soalan soal selidik kepada murid-murid yang telah dijalankan pada bulan April 2015.
Hasil daripada Kajian Tindakan yang diperoleh adalah seperti di bawah:
Kajian 1 Tajuk: Keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan murid Tahun 6
-          Hasil dapatan kajian :

A) Saya tahu apa itu Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)



Graf 1 menunjukkan bilangan responden yang mengetahui berkaitan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Responden yang mengetahui apa itu PPDa seramai 39 orang (98%) daripada 40 orang responden. Manakala responden yang tidak mengetahui apa itu PPDa adalah seramai 1 orang (2%).
 B) Saya tahu penyalahgunaan dadah boleh dihindari melalui amalan gaya hidup sihat
Graf 2 membuktikan bahawa murid-murid tahun enam tahu penyalahgunaan dadah boleh dihindari melalui amalan gaya hidup sihat iaitu seramai 36 orang (90%). Manakala yang tidak mengetahui penyalahgunaan dadah boleh dihindari melalui amalan gaya hidup sihat ialah seramai 4 orang sahaja iaitu (10%) sahaja.
-                      Secara keseluruhannya, hasil tajuk kajian di atas didapati murid-murid tahun 6 mengetahui akan bahaya penyalahgunaan dadah.

Kajian 2 Tajuk: Pengetahuan dan Pembabitan Berkaitan Rokok
Didapati daripada hasil tajuk kajian di atas, murid-murid lelaki tahun 4 dan tahun 5 mengetahui apa itu rokok dan kesan-kesan buruk yang akan timbul apabila seseorang itu merokok. 

A) Saya tahu apa itu rokok
Graf A1 adalah untuk mengetahui status responden sama ada mereka tahu apa itu rokok atau pun tidak. Seramai 39 orang (97.5%) responden mengetahui apa itu rokok manakala seorang (2.5%) responden tidak tahu apa itu rokok.

B) Saya tahu bahaya menghisap rokok
  
    
Graf A2 menunjukkan pengetahuan responden tentang bahaya menghisap rokok. Seramai 38 orang (95%) responden mengetahui tentang bahaya merokok manakala 2 orang (5%) responden tidak tahu bahaya merokok.

Sebaran hasil Kajian Tindakan PPDa telah dibuat kepada semua murid dan hasil kajian tindakan juga telah dipaparkan di dalam Bilik Sumber PPDa.
Sebaran kajian tindakan PPDa kepada murid
Sebaran kajian tindakan PPDa di Bilik Sumber PPDa

No comments:

Post a Comment