Saturday 4 October 2014

Tarikh penghakiman terkini : 4.11.2014

Pada awalnya tarikh penghakiman PPDa sekolah kami ialah pada 9.10.2014 (rujuk di sini). Namun oleh kerana pada tarikh tersebut, seluruh negara akan menduduki UPSR Kertas Matematik, maka JPN Selangor telah mengubah sekali lagi jadual penghakiman. Terkini : tarikh penghakiman Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor yang melibatkan SKTPP ialah pada 4 November 2014. Semoga ruang dan peluang yang lebih panjang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru, murid-murid dan warga sekolah untuk membuat persiapan yang lebih baik lagi demi memastikan kejayaan akan berada dalam genggaman. Insya-Allah...

GB SKTPP bersama Skuad PPDa SK Kota Warisan - Juara Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2013
Semoga tahun ini SKTPP akan mengikut jejak langkah SKKW

No comments:

Post a Comment