Monday 11 August 2014

Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah

MASALAH dadah masih lagi merupakan musuh utama negara, terutamanya kepada remaja yang menjadi aset modal insan. Dadah juga adalah musuh utama kepada setiap ahli masyarakat yang inginkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia ini.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab warga pendidik untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam semua aspek berkenaan pembanterasan penyalahgunaan dadah.  Menyedari tanggungjawab tersebut, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah menganjurkan Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah pada 11 Ogos 2014, Isnin,  hasil kolaborasi dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur bertempat di padang sekolah. 

Kerjasama ini diharapkan mampu memberi pengalaman baru kepada seluruh warga sekolah tentang kejayaan Unit K9 dalam memastikan masyarakat bebas dari jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:
Penjelasan tugas Unit K9
Demonstrasi penurutan arahan
Demonstrasi pengesanan dadah jenis Heroin
Demonstrasi pengesanan dadah jenis Ganja

Tanggungjawab Unit K9

Tanggungjawab PDRM adalah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan. Sebahagian besar peranan itu dimainkan oleh Unit K9 PDRM. Walaupun fungsi utama Unit K9 adalah untuk membantu dalam mengesan jejak penjenayah dan mencari barang bukti bagi mengukuhkan penyiasatan, anjing Unit K9 juga sering ditugaskan untuk menjaga keamanan ketika rusuhan, demonstrasi serta perlawanan bola sepak. Anjing dalam Unit K9 terdiri daripada Anjing Serbaguna (GPD), Anjing Pengesan Narkotik, Anjing Pengesan Bahan Letupan dan Senjata Api serta yang terkini Anjing Cadaver yang berkebolehan mengesan mayat sama ada yang ditanam atau tenggelam di dalam air.

Aturan pelajar-pelajar

Penjelasan oleh Sarjan

Pegawai menunjukkan cara anjing menurut arahan

Pengesanan dadah

Telah mengesan dadah jenis Heroin

Sampul surat untuk tujuan pengesanan dadah

Telah mengesan dadah jenis Ganja

Cenderamata

Penjelasan oleh pegawai

Guru-guru bersama Unit K9

No comments:

Post a Comment