Monday 21 April 2014

Taklimat Penyelarasan Pertandingan PPDa peringkat kebangsaan

Hari ini telah diadakan Taklimat Penyelarasan Pertandingan Bilik Sumber dan Laluan PPDa peringkat kebangsaan buat kali ke-2. Taklimat anjuran JPN Selangor ini bertempat di SK Kota Warisan. Terima kasih buat PPD Sepang kerana sudi menjemput Guru Besar serta 2 orang Guru PPDa SK Taman Putra Perdana untuk hadir sama bagi menimba ilmu berkaitan pertandingan peringkat kebangsaan ini. Turut dijemput sama ialah guru-guru PPDa SK Taman Seroja. Sesungguhnya banyak info telah kami perolehi semasa taklimat tadi. Semoga berkat kerjasama semua guru dan warga sekolah, SK Taman Putra Perdana dapat membuat persiapan yang terbaik sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM bagi menghadapi pertandingan peringkat Negeri Selangor pada bulan September ini.
   Semoga wakil-wakil Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan iaitu SK Kota Warisan (Bilik Sumber Sekolah Rendah), SMK (P) Kapar, Klang (Bilik Sumber Sekolah Menengah), SK Rasa (Laluan Sekolah Rendah) dan SMK Bukit Indah (Laluan Sekolah Menengah) akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.
Guru Besar SKTPP bersama Penyelaras PPDa; Pn. Nor Arzah dan Setiausaha PPDa; Pn. Rozimah
Taklimat dipengerusikan oleh Pegawai PPDa JPN Selangor, Tn. Hj. Noh Murli
 Pegawai AADK Negeri Selangor; Pn. Ayunizam turut hadir
Delegasi SK Taman Putra Perdana
Delegasi SK Taman Seroja
 Setiap wakil mempersembahkan pelaporan masing-masing
Komen penambahbaikan diberi selepas selesai laporan
Menghayati dan menghadam segala pembentangan untuk dipraktikkan di SKTPP
Melawat Bilik Sumber PPDa SK Kota Warisan
Sambil melawat sambil posing
Laporan Taklimat Penyelarasan kalai pertama sila klik blog PPDa SKKW di sini

No comments:

Post a Comment