Hari ini diadakan Mesyuarat AJK Pelaksana PPDa dan AJK Bilik Sumber PPDa buat kali kedua. Semua guru yang telah dilantik selaku Ketua Unit hadir untuk membentangkan perancangan dan berkongsi maklumat yang telah disusun sesama ahli unit masing-masing. Tahniah buat semua guru. Terima kasih atas komitmen padu kalian. Meskipun kita menghadapi masalah kewangan kerana bajet program ini teramat besar, namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita membangunkan Bilik Sumber PPDa serta persekitaran sekolah PPDa yang kita idam-idamkan. Semoga persefahaman yang wujud berkat kesabaran kita dalam mencari dana dan sumber di samping usaha keras tanpa mengenal jemu Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan..
"Tauke" Bilik Sumber sedang membentangkan pelan lanskap yang dirancang
Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment