Thursday, 15 May 2014

Jualan Penanda Buku PPDa


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Sahabat PPDa sepanjang bulan Sambutan Hari Guru ialah membuat, mempromosi dan menjual penanda buku PPDa kepada murid-murid. Semoga aktiviti ini dapat memberi lebih kesedaran Benci Dadah dalam kalangan murid-murid sekolah ini...

Sahabat PPDa menghasilkan penanda buku
Sahabat PPDa membuat promosi penjualan penanda buku
Sahabat PPDa sedang menjual penanda buku

Wednesday, 14 May 2014

Monday, 12 May 2014

Program 5 Minit Anti Dadah

Berikut adalah info mengenai dadah yang telah disampaikan oleh Pn. Jamilah Yusof semasa perhimpunan mingguan  pada 12 Mei 2014;
  • Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal.
  • Pengambilan dadah boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan dari segi fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.
  • Jenis-jenis dadah yang popular pada masa kini ialah ganja, kokain, morfin, heroin dan esctasy.



Thursday, 1 May 2014

Wajah Bilik Sumber PPDa

Meski serba kekurangan, guru-guru dan warga SKTPP cuba membangunkan Bilik Sumber PPDa kami dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti masalah ada di mana-mana namun semangat tak pernah pudar. Kami menapak sedikit demi sedikit..
Peringkat awal
 
 Perbincangan pasukan think tank
 Peringkat seterusnya
 Purple
Hitam merah kehidupan

Tuesday, 29 April 2014

PPDa @ Lawatan Universiti Thornbury, Bangkok Thailand

Pada hari ini, SKTPP telah menerima kunjungan seramai 20 orang pelajar dari Universiti Thornbury, Bangkok Thailand yang mengambil bidang Pengurusan Sarjana Pendidikan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat corak pendidikan di Malaysia. Mengambil kesempatan ini, pihak sekolah bersama Sahabat PPDa telah mewar-warkan mesej "Benci Dadah" kami kepada para pelawat. Wakil universiti tersebut juga telah ditemubual berkaitan isu dan gejala dadah yang menjadi tajuk hangat di seluruh dunia.

Wajah-wajah ceria guru menanti ketibaan pelawat
Berpeluang bergambar bersama Sahabat PPDa dan peserta paluan kompang
Bergambar bersama peserta program
Mengiringi kehadiran pelawat melalui Laluan Patriotik 
Diiring ke Dewan Perdana untuk menyaksikan persembahan murid
Penyerahan penanda buku "Kami Benci Dadah" oleh Sahabat PPDa
Kenangan bersama peserta lawatan
Lagi laporan bergambar berkaitan lawatan tersebut dalam blog SKTPP di sini.

Saturday, 26 April 2014

PPDa @ MERKUR1

Tarikh    : 26 April 2014
Tempat : SK Taman Putra Perdana


Sempena pelancaran Program MERKUR1 2014, Unit PPDa SKTPP telah mengambil peluang untuk mewawancara YB Tuan Sahrum bin Hj Mohd Sharif (ADUN Dengkil) berkaitan usaha pihak sekolah mengadakan Bilik Sumber PPDa sebagai perkongsian bersama murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Beliau memberikan sokongan yang padu atas usaha tersebut.

Berikut adalah aktiviti dan kesan halo berkaitan "Benci Dadah" yang telah dilaksanakan sepanjang pelancaran MERKUR1 melibatkan sekolah-sekolah Zon 1 pada majlis tersebut; 

Penyerahan penanda buku "Kami Benci Dadah" kepada peserta program dari SK Taman Putra Perdana 2
 
Kerjasama dari Sahabat PPDa SKTPP untuk proses pendaftaran peserta 
 Guru Besar mewawancara YB Shahrum ADUN Dengkil berkaitan masalah dadah masakini

GB, YB, PPD dan PIBG Benci Dadah!

Laporan lanjut berkaitan MERKUR1 boleh diperolehi melalui blog SKTPP di sini

Wednesday, 23 April 2014

Guru-guru praktikum SKTPP Benci Dadah

Minggu ini minggu terakhir latihan praktikum buat guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi yang terdiri daripada Aya, Ayu, Iqa, Amal, Laila dan Dila...
Guru praktikum pun benci dadah!