Saturday 27 April 2019

Pameran SKTPP Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019

Terima kasih buat PPD Sepang kerana telah memberi peluang kepada SKTPP untuk membuat pameran Pusat Sumber dan aktiviti sekolah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang di Kipmall, Kota Warisan. Justeru pihak sekolah mengetengahkan aktiviti dan pencapaian dalam bidang Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu), Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan sukan kriket.
   Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke booth kami melihat maklumat dan pencapaian murid-murid, guru-guru dan sekolah melalui bunting & flyers yang disediakan serta piala-piala yang kami perolehi. Semoga perkongsian tersebut dapat menyuntik semangat dan ilham buat rakan-rakan guru dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid serta menyebarkan kerja buat guru-guru di sekolah kepada masyarakat di luar sana..







Antara piala-piala PPDa yang dipamerkan



Menyusun bahan-bahan pameran Ujana Ilmu, kriket & PPDa




Bergambar kenangan bersama murid-murid PPKI yang akan membuat persembahan pentomen khas nanti


GB ditemuramah oleh wartawan Ujana Ilmu TV; Cikgu Malisha





Guru-guru bertugas menanti pengunjung

Murid-murid PPKI membuat raptai persembahan yang akan dipersembahkan nanti



Pn. Machitah dan Pn. Zalifah PPD merakam gambar


GB bersama bunting "Kenali SKTPP"


Pegawai-pegawai PPD Unit Kokurikulum singgah melihat bahan pameran kriket


Perasmi; Tuan Suresh a/l Arumugam melawat tapak pameran SKTPP dan berbicara dengan GPM; Pn. Arnny Yusnita dan murid PPKI; Irfan.

No comments:

Post a Comment