Unit Bimbingan & Kauseling, Unit PPDa dan Unit PSS SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kursus Asas Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya pada:
Tarikh / Hari : 18 Julai 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Terminal Muafakat SKTPP
Sasaran : Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 3, 4 dan 5
Objektif :
1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan.
4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Antara paparan menarik sepanjang pelaksanaan kursus tersebut:
Tarikh / Hari : 18 Julai 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Terminal Muafakat SKTPP
Sasaran : Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 3, 4 dan 5
Objektif :
1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan.
4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Kursus asas ini telah berjalan dengan lancar sekali. Kursus yang berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara ketermpilan dan adab yang betul. Semoga anak-anak murid terpilih sebagai Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya ini telah mendapat ilmu yang berguna dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi samada untuk kegunaan seharian mahupun untuk digunakan semasa bertugas sebagai jurucakap pada masa pertandingan dan penilaian.
Kursus ini merangkumi cara-cara berkomunikasi dengan berkesan. Teknik ini diperlukan kepada ahli PRS dalam membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling mencapai matlamat untuk membantu murid-murid sekiranya mengahadapi sebarang kesukaran ketika berada di sekolah. Kesukaran yang dimaksudkan meliputi bidang akademik, disiplin, kerjaya dan mungkin juga yang melibatkan institusi kekeluargaan. Oleh sebab itu, ahli PRS dan Sahabat PPDa perlu mempunyai teknik dan cara komunikasi yang berkesan dalam menghadapi situasi persekitaran di sekolah pada hari ini.
Antara paparan menarik sepanjang pelaksanaan kursus tersebut:
Sesi Perkenalan |
Tekun semua sahabat PPPDa mendengar taklimat. |
Murid-murid aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan |
Penceramah memberi taklimat |
Murid melakukan aktiviti |
Semoga program ini memberi kesan yang baik kepada semua Sahabat PPDa dan PRS serta mereka dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment