Tuesday 17 April 2018

Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor 2018

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya selesai juga Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 14 April 2018 (Sabtu) di SK Dato Maharaja Lela, Kuala Selangor. Dalam pertandingan ini SK Taman Putra Perdana berjaya merangkul 3 anugerah kategori Peluasan 2018 :

1) Johan Pertandingan Sketsa 
2) Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita
3) Tempat Ketiga Pertandingan Koir

Sekalung tahniah kepada semua peserta dan guru-guru yang melatih hingga mendapat kejayaan yang begitu cemerlang. Atas usaha dan komitmen guru-guru di samping mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbir dan PIBG, sekolah kita berjaya mencipta nama. Kemenangan ini cukup membanggakan buat kita semua dan terutamanya buat permata hati IMFree SK Taman Putra Perdana.

Sekolah kita juga menyertai pertandingan Nyanyian Solo dan Inovasi (Alat Bantu Mengajar). Walaubagaimanapun rezeki tidak menyebelahi sekolah ini. Jangan putus asa, tahun depan cuba lagi!!

Karnival IMFree Negeri Selangor 2018
Seawal 6.15 pagi murid-murid telah berkumpul di SKTPP
Ceria guru pengiring bersama peserta walaupun di awal pagi..nampak semangat 
Pn Hjh Rohaidah & Pn Azizah bersama KU PPDa JPS; En Mohd Idrus b Arifin 
Bahan pameran pertandingan Inovasi Alat Bantu Mengajar
Guru-guru memberi sokongan kepada wakil pembentang pertandingan Inovasi
Pn Parimala ditemuramah oleh wakil media
Antara babak sketsa yang berjaya menyentuh hati juri dan penonton
Selesai membuat persembahan, ber IMFree dulu...
Nur Damia Delisya bt Muhammad Izwanazrul , pemenang Tempat Ketiga pertandingan Bercerita
Lawatan oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Aksi peserta bercerita

Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita
Johan Pertandingan Sketsa
Sekolah Peluasan 2018
Bersama-sama meraikan kegembiraan
Jumpa lagi di peringkat kebangsaan nanti


______________________________________________________________________


Penyampaian sijil & piala di sekolah  - Isnin : 16 April 2018




Rai kegembiraan dengan jamuan ringkas - Sekasa : 17 April 2018




**NEXT STAGE.....GOOD LUCK**

No comments:

Post a Comment