Tuesday 6 February 2018

Pemantau PPGB Melawat Bilik Sumber PPDa

Pada 6 Februari 2018, 3 orang Pegawai Latihan Negeri Selangor iaitu Pn. Ruzaimah (PPD Sepang), En. Ahmad Khairani (PPD Gombak) dan En. Abu Hassan (PPD Sabak Bernam) telah hadir membuat taklimat, pementoran dan bimbingan di bawah Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). Seramai 16 orang guru baharu SKTPP terlibat dalam taklimat tersebut.
   Usai sesi bimbingan, pegawai-pegawai tersebut telah dibawa melawat Bilik Sumber PPDa. Alhamdulillah lawatan ringkas tersebut telah menarik hati mereka yang berhasrat untuk membawa guru-guru lain membuat lawatan penanda arasan pada masa depan. Alhamdulillah.. kami berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan maklumat yang ada dengan para pendidik. Harapan kami semoga visi & misi PPDa yang murni ini akan tercapai segera demi masa depan anak-anak kita.








No comments:

Post a Comment