Pada 15 Januari 2018 hari Isnin telah berlangsung Majlis Pelancaran IMFree 2018 di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana dengan jayanya. Seiring dengan matlamat dan visi KPM untuk melahirkan rakyat Malaysia bebas daripada rokok dan mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025 melalui Program IMFree maka SKTPP juga mengambil inisiatif untuk melancarkan dan seterusnya melaksanakan program ini di sekolah bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai.
Majlis Pelancaran IMFree ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Hj Anuar, Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor pada sesi pagi manakala Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali telah merasmikan Program ini pada sesi petang. Ucapan Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program IMFree yang akan dilaksanakan di SKTPP. Majlis ini telah berjalan dengan lancar pada ketetapan berikut :
Majlis Pelancaran IMFree ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Hj Anuar, Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor pada sesi pagi manakala Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali telah merasmikan Program ini pada sesi petang. Ucapan Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program IMFree yang akan dilaksanakan di SKTPP. Majlis ini telah berjalan dengan lancar pada ketetapan berikut :
Tarikh / Hari : 15 Januari 2018 ((Isnin)
Masa : 8.00 sesi pagi & 1.40 sesi petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Latar Belakang IMFree
IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara.
Visi Program IMFree
Rakyat Malaysia bebas daripada merokok.
Matlamat Program IMFree
1) Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025.
2) Mengekalkan generasi pewaris negara yang bebas daripada pengaruh tabiat merokok.
3) Mengurangkan kadar perokok dalam kalangan remaja.
4) 95% murid yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sehingga tamat tahun 6.
5) Mempunyai jati diri yang kuat untuk mengelak daripada mencuba amalan merokok.
Antara objektif Program IMFree adalah seperti berikut:
Objektif Umum
Membendung atau mencegah pelajar sekolah rendah daripda terlibat dengan aktiviti merokok.
Objektif Khusus
1) Memupuk persepsi negatif terhadap tingkahlaku merokok dalam kalangan kanak-kanak- sekolah rendah.
2) Membina personaliti yang positif terhadap kanak-kanak sekolah rendah bagi menyatakan hak mereka untuk bebas dari asap rokok.
3) Memupuk nilai saling ingat-mengingati antara satu sama lain terhadap bahaya dan kesan tingkahlaku merokok.
4) Meningkatkan ilmu kanak-kanak sekolah rendah terhadap isu-isu kesihatan secara tidak langsung melalui :
a) Penyampaian maklumat yang berkesan.
b) Kecekapan sumber manusia.
c) Pengaruh sosial.
d) Kombinasi pengaruh sosial dan kecekapan.
e) Program multi-model.
Atur Cara Majlis
Sesi Pagi
7.50 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali (Guru Besar)
8.00 pagi Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Hj Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor)
Gimik Pelancaran
Nyanyian lagu IMFree
Sesi Petang
1.40 ptg Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
1.50 ptg Ucapan Perasmian oleh Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali (Guru Besar)
Gimik Pelancaran
Nyanyian lagu IMFree
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung :
No comments:
Post a Comment