Pada 26 November 2016 (Sabtu), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) AADK Sepang telah menganjurkan program menyantuni gelandangan iaitu Program "Menerangi Jalanmu" di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali selaku ahli JKPD Sepang telah berkesempatan menyertai program tersebut bersama Pn. Rosmah bt. Jamat (PK HEM), Pn. Noor Hayati bt. Yusof, En. Mohd. Rusydan b. Ismail dan En. Ahmad Musrizuan b. Daud.
Berkumpul di pejabat AADK Sepang seawal jam 6.00 petang, peserta program kemudian bertolak ke pejabat Cure and Care Service Centre (CCSC) di Chow Kit. Kami diberi taklimat oleh Ketua Pegawai CCSC tersebut. Banyak info diperolehi berkaitan fungsi dan peranan CCSC dalam membantu golongan gelandangan dan penagih dadah serta orang-orang yang kurang bernasib baik di situ.
Kumpulan kami yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan AADK, JKPD, NGO serta OKP (Orang Kena Pengawasan) Sepang bergabung dengan peserta "Program Outreaching; Kami Prihatin" JKPD AADK Dang Wangi. Turut hadir ialah Pengerusi JKPD Sepang; YB Tuan Shahrum b. Sharif dan Pengerusi JKPD Dang Wangi; En. Zed Zaidi. Wartawan RTM1 juga turut serta dalam ekspedisi tersebut untuk Rancangan Selamat Pagi Malaysia nanti.
Objektif program adalah seperti berikut :
1) Memberi pendedahan kepada semua peserta untuk melihat sendiri kehidupan sebenar golongan gelandangan dan penagih dadah yang kurang bernasib baik dan juga kalangan remaja bawah umur yang berkeliaran.
2) Melatih dan mendidik semua peserta mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara dengan membantu golongan gelandangan dan penagih dadah ini untuk kembali kepada kehidupan normal agar tidak terlibat dalam gejala sosial negatif.
3) Menghakis stigma negatif semua peserta terhadap golongan ini dengan kaedah berusaha untuk memahami masalah yang dihadapi oleh kumpulan gelandangan.
4) Menggembirakan golongan yang kurang bernasib baik dengan aktiviti yang menceriakan mereka agar kita sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurniaanNya.
Pengalaman menyelusuri jalan dan lorong-lorong gelap di Chow Kit sangat berharga lagi menginsafkan. Golongan gelandangan ini ibarat satu komuniti tersendiri yang punya pelbagai kisah di sebalik nasib mereka. Hasil temu bual ringkas bersama mereka timbul berbagai-bagai perasaan yang mengharukan kami. Semoga mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur, lelaki dan perempuan ini dapat menjalani hidup seharian dengan selamat. Didoakan anak-anak kecil dan remaja keluarga gelandangan tersebut dapat segera keluar dari kedaifan hidup demi masa depan mereka. Meski keceriaan jelas terpampang di wajah mereka namun hanya Tuhan saja yang tahu apa yang mereka rasai. Semoga mereka dan anak-anak mereka mendapat pendidikan, perlindungan, kasih sayang, makanan dan segala aspek yang sewajarnya menjadi hak mereka.
Kepada pihak AADK dan pegawai-pegawai CCSC khususnya, setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas khidmat bakti yang diberikan kepada golongan gelandangan, penagih dadah, pekerja seks, Mak Nyah, anak-anak terbiar ini. Segala perkhidmatan, makanan dan tempat rehat yang disediakan di CCSC ini sedikit sebanyak telah mengurangkan beban mereka di samping memberikan keceriaan kepada kehidupan mereka yang begitu gelap gelita. Sungguh mulia tugas kalian. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Semoga kerajaan dapat menambahkan lagi bilangan pusat-pusat perlindungan seumpama ini pada masa depan kerana ia terbukti dapat mengurangkan kadar jenayah dan yang paling penting dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik ini untuk kembali kepada kehidupan normal...
Lagi laporan dalam blog sekolah di sini.

Zaed Zaidi, YB Shahrum dan warga SKTPP Benci DARVIH
Kami Benci DARVIH
Terima kasih AADK
No comments:
Post a Comment