Tuesday, 16 August 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
I.   Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii.  Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan 5 Minit Antidadah

Tarikh : 16 Ogos 2016

Nama Sahabat PPDa
Irdina Soffiya binti Ahmad Kamarul Basya (5 Zuhrah)
Nur Syazwani Izzati binti Nordin (3 Seruling)


TAJUK : SHISHA

 Dr. Daniel berpendapat, sebenarnya shisha lebih berbahaya daripada sebatang rokok.
“Cara penyediaan shisha sebenarnya mendatangkan bahaya kerana puncak balang hookah atau mangkuk yang menakung shisha selalunya diliputi kerajang aluminium dan bara diletakkan di atasnya untuk memanaskan tembakau tersebut. Asap toksik terhasil apabila bara arang bertindak balas dengan kerajang aluminium.
“Bukan itu sahaja, tapak balang hookah yang berasaskan kaca berperanan sebagai kebuk asap dan diisi dengan air. Air ini akan bercampur dengan asap toksik dan akan menambah kelembapan asap. Ini mengakibatkan wap dan asap karsinogenik berada lama dalam paru-paru," ujarnya.Ia secara tidak langsung menjadikan asap yang disedut ketika menikmati shisha lebih banyak berbanding sebatang rokok.
Tambah Dr. Daniel, ramai pengguna shisha tidak menyedari aktiviti ini boleh menyebabkan ketagihan nikotin sama seperti rokok.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu sesi selama 60 minit bershisha menghasilkan antara 100 ke 200 kali lebih banyak asap berbanding rokok biasa.
Shisha juga dikatakan 400 kali lebih bahaya daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi.
“Lazimnya shisha akan dihisap antara 45 minit hingga satu jam manakala sebatang rokok pula hanya sekitar lima minit.
“Jadi kesan-kesannya adalah sama seperti perokok iaitu penghisap shisha berisiko menghidap kanser paru-paru, sakit dada, kerosakan koronari jantung dan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan nikotin secara berlebihan," ujarnya.
Jelas beliau, perkongsian paip shisha juga boleh mendedahkan mereka kepada penyakit yang merebak melalui air liur seperti tuberkulosis atau TB (tibi).



No comments:

Post a Comment