Friday 14 August 2015

PPDa @ Malam Gema Selawat

Selesai sudah Malam Gema Selawat SKTPP 2015 yang telah berjalan dengan lancar & jayanya berkat kerjasama semua pihak. Malam Gema Selawat ini merupakan program anjuran PIBG yang diadakan sempena pelancaran wakaf surau dan sumbangan pembangunan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mutalib bin Tomran; Timbalan PPD Sepang yang telah merasmikan majlis.
   Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir yang sudi hadir bersama pasukan dan bahan pamerannya. Sesungguhnya kolaborasi ini sangat bermakna bagi memantapkan lagi hubungan antara sekolah dan AADK demi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah kepada anak-anak murid dan seluruh warga sekolah. Jom tengok penglibatan pihak AADK pada malam itu..


















Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn. Farrah Fadiah binti Mohd. Nasir - Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang yang sudi hadir memeriahkan majlis kami malam ini. Jasa dan budi puan tak mungkin kami lupakan...

Lagi laporan Malam Gema Selawat SKTPP dalam blog SKTPP di sini dan blog PIBG SKTPP di sini.

No comments:

Post a Comment