Monday 20 July 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 10)

Tajuk                                   :  Cara Berhenti Merokok
Nama Sahabat PPDa          :  Nur Auni Balqis bt Rushdan (6 Waja)
                                               Nur Athirah Mohd Esa (3 Pediatrik)
Tarikh                                  :  20 Julai 2015


Isi-isi info :

Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.

Langkah 1
BERSIHKAN
Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.
Langkah 2
BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok.
Langkah 3
LAKUKAN SAHAJA
Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok.
Langkah 4
TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
Langkah 5
BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Langkah 6
DAPATKANLAH SOKONGAN.
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
Langkah 7
MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.
Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok.

No comments:

Post a Comment