Wednesday 11 February 2015

Taklimat Penyelarasan PPDa Daerah Sepang 2015

Hari ini 11 Februari 2015 (Rabu) SKTPP telah menjadi tuan rumah bagi Taklimat Penyelarasan PPDa Daerah Sepang buat kali pertama pada tahun ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Ghazali b Mohd Anuar, Pegawai Kanan PPDa, JPS. Turut hadir ialah En Zulfikri b Abu Samian (Pegawai Khas Dadah (PKD) Sepang) dan juga En Mohd Faizal (PKD Sabak Bernam)

Seramai 55 orang peserta terdiri daripada guru-guru PPDa sekolah menengah dan rendah seluruh Daerah Sepang menyertai taklimat tersebut. Perkongsian idea bersama pegawai-pegawai ini telah memberi semangat baru dalam meneruskan agenda PPDa pada tahun ini.

Selesai sesi taklimat, pegawai-pegawai PPDa PPD dan JPS tersebut telah dibawa melawat ke lokasi baharu Bilik Sumber PPDa SKTPP. Banyak idea dan nasihat telah diperolehi hasil lawatan tersebut. Insya Allah kita akan membuat yang terbaik demi memberikan persaingan yang sihat dalam pertandingan tahun ini. 

"1Malaysia Membanteras Dadah " 
Kata-kata aluan Guru Besar SKTPP




















Taklimat dan perkongsian maklumat dengan Tn. Hj. Ghazali

Lawatan ke lokasi baharu Bilik Sumber PPDa SKTPP - terima kasih atas pandangan yang sungguh bernas
Terima kasih tuan-tuan serta rakan-rakan SKKW

No comments:

Post a Comment