Wednesday 17 December 2014

Mesyuarat Town Hall Draf Dasar Dadah Negara

Hari ini GB telah menghadiri Mesyuarat Town Hall Draf Dasar Dadah Negara Peringkat Negeri Selangor di Bangunan Persekutuan Petaling Jaya. Turut dijemput hadir ialah Tengku Syawaludin; AJK PIBG SKTPP yang mewakili Skuad 1 Malaysia AADK Daerah Sepang.
   Mesyuarat Town Hall ini adalah satu kaedah mesyuarat yang diperkenalkan di New England berupa satu kaedah mesyuarat yang tidak formal bagi membincangkan sesuatu isu. Tiada sesi soaljawab, hanya sumbangsaran idea dan pandangan sahaja.
   Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK kerana memberi peluang kepada GB dan En. Shawal untuk bersama-sama pemimpin masyarakat, pemimpin persatuan, NGO dan ketua-ketua jabatan yang lain dalam mesyuarat Town Hall tersebut.
   Selain mendengar pembentangan tentang draf dasar dadah negara, peserta-peserta telah diberi peluang mengutarakan idea, pandangan dan isu sebagai maklum balas terhadap draf dasar dadah negara yang sedang dirangka tersebut. Maklum balas-maklum balas tersebut kemudiannya akan dibawa oleh AADK ke pihak atasan bagi memastikan draf Dasar Dadah Negara yang digubal nanti lebih menyeluruh dan holistik.
   Sesi pandangan / input / maklum balas tersebut telah mencetuskan banyak maklumat yang sangat menarik, berguna dan berasas. Antaranya berkait dengan bajet, kurikulum, modul, rawatan spiritual, penguatkuasaan, pencegahan dan banyak lagi. GB Pn. Rohaidah turut mengutarakan di mana dasar yang dibentangkan itu tiada langsung menyentuh berkaitan alkohol, rokok, inhalan dan HIV /Aids sedangkan ianya tidak kurang bahaya dan menjadi pencetus kepada masalah dadah negara. En. Idrus Pegawai PPDa JPN Selangor juga telah melontarkan 8 isu termasuk perjawatan pegawai PPDa di PPD yang tidak hakiki, sekolah pemulihan dadah serta masalah pengesanan urin di sekolah-sekolah.
   Adalah diharapkan semoga pihak-pihak berwajib dapat memberi perhatian yang serius kepada dapatan dari Negeri Selangor ini agar dasar yang diputuskan nanti mencakupi setiap penjuru masalah dan ruang lingkup kehidupan demi membanteras musuh no. 1 negara ini...





En. Edrus, GB dan En. Shawal
















No comments:

Post a Comment