Pada 8 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet
Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah
dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan,
Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.
MANDAT
Mandat adalah
apa yang disuruh atau diarah oleh pihak yang bertanggungjawab dan “stakeholder” . Mandat
juga merupakan tauliah atau punca kuasa kepada organisasi dalam membuat
keputusan dan menjalankan sesuatu tindakan. Mandat yang menjadi rujukan pendidikan pada
hari ini ialah Akta Pendidikan, Surat
Pekeliling dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.
Berikut adalah beberapa contoh mandat yang
berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh pihak sekolah dalam membina strategi dan
menjalankan tugasnya. 1. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah
di Sekolah. 2. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 6 / 2006 - Menangani masalah kesihatan.
3. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 2 / 1979 - Laporan murid-murid dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah yang memerlukan pertolongan.4. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1986 - Penyalahgunaan inhalan
5. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 4 / 1997 - Hukuman ke atas murid menghisap rokok.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 3 / 2004 - Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1995 - Program Mencegah dan Membasmi kegiatan penagih dadah di agensi kerajaan.
8. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil 310 / 1984 - Peraturan dan tindakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8 / 1983 - Mengenakan hukuman biasa murid-murid yang melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 / 1983 - Garis panduan kempen anti merokok di sekolah.
11. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1995 - Petikan dari akta dadah berbahaya.
12. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 7 / 1975 - Garis panduan untuk mengenai / mengecam
orang yang menggunakan atau menyalahgunakan dadah.
13. Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 6A / 1975 - Disiplin
murid-murid menghisap rokok
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
ialah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,
kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan
bahaya dadah agar mereka menjauhinya
dan berupaya menentang ancaman dadah agar
mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran
”Sekolah Bebas Dadah
Negara Bebas Dadah 2015”.
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini
bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan
remaja. Kejadian ini menjadi lebih
genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin
bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam
keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara
sistematik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment