Tuesday, 17 May 2016

Jom Sertai Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" Pada 7 Ogos 2016 (Ahad)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Jom cergas sambil beramal....

Semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" anjuran bersama SK Taman Putra Perdana & Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SKTPP.

Anda diberi peluang untuk menyertai 3 kategori yang dipertandingkan.
1) Terbuka - 10 km
2) Fun Run - 4 km
3) Murid Sekolah - 4 km

Pelbagai aktiviti menarik pada hari tersebut :
# Pameran Bilik Sumber PPDa 
# Pameran daripada agensi seperti AADK, KKM, PDRM, JKDM
# Permainan Kanak-Kanak
# Senamrobik
# Gerai Jualan
# Cabutan Bertuah!! 



Segala keterangan lanjut boleh dilayari menerusi blog & facebook Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"

klik di sini larianamaldarvih@blogspot.my

Kerjasama semua amat dihargai dan diucapkaan ribuan terima kasih.

Saturday, 14 May 2016

PPDa @ Santai Boling

Sempena Hari Guru tahun ini, KKGK, PPKI dan PIBG SKTPP telah mengadakan program Santai Boling bertempat di DPulze, Cyberjaya. Sasaran penyertaan adalah ibu bapa dan guru. Terima kasih kepada Exco PIBG 1Selangor : Pn. Ana YDP PIBG SK Methodist Klang, Pn. Jun YDP PIBG SK Taman Sri Andalas Klang dan En. Fadzli YDP PIBG SK Padang Jawa Klang yang telah hadir memeriahkan program.
   Alhamdulillah program berjalan lancar. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada para penyumbang dan para peserta. Kami Cergas Tanpa DARVIH!





Tuesday, 10 May 2016

PPD Sepang Singgah Sebentar di Bilik Sumber PPDa

Mengambil kesempatan Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin singgah di sekolah bagi menyampaikan hamper buah-buahan sebagai penghargaan kepada adik Nabil atas kejayaannya merangkul 2 emas dalam Kejohanan Olahraga MSSM Ke-58 di Kuala Terengganu baru-baru ini (klik di sini), beliau telah sempat singgah melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP. Tn. Hj. Khairi mendoakan kejayaan sekolah ini dalam pertandingan tersebut. Mudah-mudahan...



Taklimat Penyelarasan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan Bil. 1 / 2016

Hari ini SK Taman Putra Perdana telah dipilih sebagai sekolah pertama untuk taklimat ini dijalankan. Sebanyak empat sekolah terlibat dalam taklimat ini yang mana sekolah-sekolah ini akan ke pertandingan Bilik Sumber / Laluan PPDa pada bulan Mac 2017. Terima kasih kepada En Mohd Idrus b Arifin, Pn Zaharah bt Abdullah & Tn Hj Mohd Ghazali b Anuar daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang hadir pada hari ini memberi bimbingan untuk persediaan dari segi fizikal Bilik Sumber / Laluan PPDa & dokumentasi.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Ideal Heights, SMK Bandar Utama, SK Dato Maharajalela dan SK Taman Putra Perdana. Tahniah sekali lagi kerana berjaya ke peringkat kebangsaan!!

Agenda taklimat:

1) Ucapan pengerusi
2) Lawatan ke Bilik Sumber PPDa SKTPP
3) Pembentangan Takwim PPDa JPS
4) Pembentangan oleh sekolah-sekolah yang terlibat
     - Kertas cadangan pembangunan PPDa
     - Takwim PPDa
     - Kajian Tindakan
     - Projek Khas
     - Ikon PPDa
     - Media / wartawan


Bergambar di hadapan Bilik Sumber PPDa
En Mohd Idrus b Arifin teruja melalui Laman Muhibbah buat pertama kali
Semoga lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada sekolah-sekolah lain dalam membuat persediaan ke peringkat kebangsaan
Wakil Sahabat PPDa, Cikgu Hafiz bersemangat menerangkan tentang PPDa Merentas Frog VLE...Terbaik!!
Krew Bilik Sumber PPDa
Kami Benci DARVIH

Taklimat & pembentangan  di Bilik Mesyuarat SKTPP






Monday, 9 May 2016

Meraikan Kejayaan Nabil di Kejohanan Olahraga MSSM

Tahniah buat adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainudin murid Tahun 6 Sigma yang telah merangkul 2 pingat emas bagi acara 4x100m dan 4x200m dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-58 di Kuala Terengganu baru-baru ini. Pihak sekolah telah mengadakan majlis ringkas meraikan kejayaan wira SKTPP ini bersama ibu bapanya; En. Zainuddin dan Pn. Norafza. Seluruh warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian Nabil sehingga telah mengharumkan nama sekolah di peringkat tertinggi. Syabas! Kami Cergas Tanpa DARVIH!








Tuesday, 3 May 2016

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.



Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringakat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 3 Mei 2016
Nama Sahabat PPDa
Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzil (6 Zeta)
Dhaniya Batrisyia binti Sapri (3 Tabla)


TAJUK : BAHAYA ROKOK

Asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi:-
~2 kali lebih banyak nikotin
~5 kali lebih banyak karbon monoksida
~3 kali lebih banyak tar
~50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan

Asap yang disedut oleh perokok aktif mengandungi
~4000 bahan kimia yang beracun
~63 bahan kimia yang menyebabkan barah, sakit jantung dan  pelbagai penyakit lain
~Ketagihan yang teruk


Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzil
Dhaniya Batrisyia binti Sapri





Lawatan Penanda Arasan PPDa GPK HEM Gombak

Seramai 34 orang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah-Sekolah Daerah Gombak telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana.  Kedatangan pelawat-pelawat ini juga turut diraikan oleh NYDP PIBG, YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat.

Semua peserta rombongan dan pegawai yang datang berpuas hati dengan maklumat yang telah disampaikan. Banyak perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan hasil dari lawatan ini. Mereka merasa sungguh bertuah dan teruja melihat pengurusan Bilik Sumber PPDa SKTPP. Semoga lawatan ini akan memberi banyak info dan meniupkan semangat kepada pemimpin sekolah untuk melaksanakan arahan KPM menjayakan program PPDa ini dengan sebaik mungkin.
Agenda lawatan :

9:45 pg.     -      Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
10:00 pg.   -      Ucapan Guru Besar
10:10 pg.   -      Ucapan Wakil GPK HEM Daerah Gombak
10:20 pg.   -      Tayangan Multimedia
10:30 pg.   -      Penyampaian Cenderamata
10:45 pg.   -      Perkongsian  Ilmu Pengurusan  Fail PPDa
11:15 pg.   -      Jamuan
11:30 pg.   -      Bersurai












Bergambar ramai sebagai kenangan