Sunday, 7 March 2021

Program Sukarelawan Antidadah (SKUAD) Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sepang Tahun 2021

06 Mac 2021 💨 Sabtu 💨  Medium google meet 💨 9.15 pagi - 1.15 petang

Perkongsian ilmu berkaitan ilmu sukarelawan dan bagaimana menarik seseorang ke arah kebaikan hari ini bersama-sama AADK, PEWARIS & Cgu Jinggo sangat bermakna untuk guru-guru daerah Sepang terutamanya diri saya sendiri.

"Dunia tidak bertanya dari mana kita bermula, tetapi dunia hanya melihat keputusan". Itulah yang sering disebut-sebut oleh Cgu Jinggo. Saya mengakuinya!! Generasi sekarang amat fragile. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh membunuh potensi mereka dengan cara membanding-banding. 

65% mereka di luar sana terlibat dengan dadah adalah berpunca daripada keluarga. Oleh itu, Lebih Baik Cegah! Terima seadanya, jangan biarkan Lost Child. Duduk di rumah tetapi masa anak-anak lebih kepada teknologi, idola, rakan sebaya. Keluarga adalah yang terakhir dalam hidup mereka. Ayuh, kita sama-sama bantu dalam membentuk generasi cemerlang.

Pengacara majlis, Puan Norhidayu daripada AADK Sepang

Penerangan tentang latar belakang AADK 

SKUAD merupakan entiti sukarelawan AADK. Semua yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sebagai SKUAD AADK

AADK mempunyai 3 unit iaitu rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan

Penerangan mengenai 3 unit ini

Perkongsian bersama Kapten Bersekutu Nurhafizah Muhammad daripada PEWARIS

Perkongsian bersama Cgu Jinggo @ Harun Abu Bakar

Ucapan daripada Dr Nazira bt Sadiron (Pengarah AADK Negeri Selangor)

Majlis diakhiri ucapan ringkas oleh Pn. Haslina bt Hashim (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang)

Sebahagian daripada 53 peserta hari ini

"LEBIH BAIK CEGAH"

Thursday, 18 February 2021

Ceramah Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2021

Bermula pukul 8.15 malam murid-murid telah menunggu di depan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing di rumah. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP.

Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan.

Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani.

Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah

Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs)

Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah

Mendapat lebih 79k views pada malam ini

Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau












Antara gambar guru-guru dan murid-murid menonton live di rumah masing-masing yang sempat dikongsikan.
Simbol 👎👎👎👎👎👎👎👎👎SKTPP Benci Dadah 
tidak pernah lupa oleh warga SKTPP.

















Selamat Hari Antidadah Kebangsaan 2021

"Lebih Baik Cegah"




































Wednesday, 17 February 2021

Jangan Lupa Temujanji Kita!!

Ceramah kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah

Tarikh : 18 Februari 2021 (Khamis)

Masa : 8.30 - 9.30 malam

medium : www.youtube.com/shamtvmedia

Murid-murid jangan lupa ya😍😍😍😍dengar dan faham apa yang disampaikan oleh tuan penceramah dan sebagai aktiviti tambahan sila buat peta minda atau infografik berkaitan dengan maklumat yang disampaikan. 

Sebarang persoalan boleh hubungi Cikgu Arzah di talian 0187694951. Ada hadiah🎁 menarik menanti kamu!!

Sunday, 10 January 2021

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

 Ibu bapa sekalian, jika terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah 'Batu', 'Syabu', 'Ice', 'Kaca'. Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan 'garam' 'gula' atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.

Jangan pula percaya kalau anak beritahu ini adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol. Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan. Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan. 

Mencegah kan lebih baik dari mengubati. 

Ok... antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2 - 3 hari. Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau!

(Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah)

#KemakmuranDanKesejahteraanBersama

#KomunitiKitaTanggungjawabKita

#ProjekRintisSelangor

#AmbilKisahAmbilTindakan


Sumber AADK Selangor




Thursday, 13 August 2020

Lawatan Penanda Arasan Bilik Sumber PPDa dari SMK Bandar Bukit Mahkota, Hulu Langat

Lawatan pada hari ini menerima seramai 11 orang guru dari SMK Bandar Bukit Mahkota dan juga pegawai dari PPD & PKD Sepang.

Tujuan utama mereka adalah melihat kebitaraan Kriket dan Ujana Ilmu, namun begitu peluang yang ada ini mereka sambar juga untuk melihat Bilik Sumber PPDa SKTPP . Keterujaan mereka dengan konsep yang dipertengahkan dan juga idea-idea kreatif dipersembahkan di dalam Bilik Sumber PPDa mengimbau kembali kenangan saya semasa bersama-sama membangunkan bilik tersebut lebih kurang 5 tahun dulu.

Gambar-gambar semasa lawatan dijalankan


Tetamu disambut oleh pentadbir dan PIBG

Cenderamata untuk wakil PPD En Zulhaimi

Bersama pengetua SMKBBM

Pelawat menulis rekod di Bilik Sumber

Sahabat PPDa yang bertugas

Bergambar kenangan