Wednesday, 15 November 2017

Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang 2017

Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang telah dianjurkan buat kali ke-3 pada 15 November 2017 bertempat di SK Taman Putra Perdana. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Ghazali bin Hj. Anuar; Penolong Pengarah PPDa JPN Selangor.


Sebanyak 7 buah sekolah telah menghantar penyertaan terdiri daripada;
SK Taman Putra Perdana
SK Taman Putra Perdana 2
SK Pulau Meranti
SK Dengkil
SK Datuk Abu Bakar Baginda
SK Taman Seroja, dan
SK Sg. Rawang

Cuaca pada sesi pagi dan tengah hari sangat cerah. Namun hujan turun dengan lebatnya pada sebelah petang. Namun kejohanan berjalan lancar. Tahniah buat para pemain yang telah bermain dengan bersungguh-sungguh. Syabas buat para pemenang!

Sewaktu rehat, para peserta karnival telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa SKTPP dengan dibantu oleh para Sahabat PPDa yang bertugas. Semoga maklumat yang diterima hasil lawatan ringkas ini dapat menanamkan sikap Benci DARVIH dalam sanubari murid-murid tersebut dan seterusnya memanjangkan kepada rakan-rakan dan guru-guru di sekolah masing-masing.

Akhir kalam SKTPP ingin memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang penganjuran karnival ini. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mohd. Ghazali bin Hj. Anuar; Penolong Pengarah Kanan Unit PPDa JPN Selangor.  yang sudi melapangkan masa merasmikan karnival kami ini. Terima kasih buat Unit PPDa dan Unit Sukan PPD Sepang, PIBG serta sekolah-sekolah yang menyertai karnival kali ini. Ada rezeki kita jumpa lagi pada masa depan.

Lagi laporan Karnival Bola Depak PPDa Daerah Sepang dalam blog SKTPP di sini.

Pendaftaran dan Perlawanan





















Lawatan ke Bilik Sumber PPDa














 Sesi penyampaian hadiah














Hingga berjumpa lagi dalam karnival akan datang. Hidup Cergas Tanpa DARVIH!

Tuesday, 7 November 2017

PPDa @ Penyampaian Hadiah Program Awal Muharram 1439H

Tahniah buat para pemenang yang telah mendapat tempat dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTPP sempena program Sambutan Awal Muharram 1499 Hijrah!








Saturday, 4 November 2017

Cemerlang Koku Negeri Selangor

Tahniah buat Ashraf, Cikgu Junaidi dan Cikgu Izwan atas kecemerlangan dalam sukan kriket yang telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Selangor 2017.
"Cemerlang Tanpa DARVIH"



Monday, 23 October 2017

Mesyuarat JKPD Bil. 2/2017

Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali telah dijemput menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) bil. 2 / 2017 hari ini 23.10.2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Wedelia, AADK Daerah Sepang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha JKPD; Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir selaku Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang mewakili Pengerusi; YB Tn. Shahrum bin Dato' Hj. Mohd. Sharif yang tidak dapat hadir atas urusan yang lebih penting.
   Mesyuarat kali ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli baru iaitu wakil dari IPD Sepang, Pejabat Agama Sepang dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Sepang. Semoga perbincangan dan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya Orang Kena Pengawasan (OKP) yang terlibat dalam program-program JKPD ini.
"Membasmi Dadah Adalah Tanggungjawab Bersama. Marilah Bertindak Segera"






Saturday, 21 October 2017

PPDa @ Kebitaraan Kriket SKTPP

Sempena pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APSSC) Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada hari Khamis 26.10.2017 ini, sekolah telah diceriakan dengan pelbagai poster dan lanskap baru di sekitar sekolah. Antaranya; banner kebitaraan sekolah kriket dengan kejayaan salah seorang murid SKTPP iaitu Ashraf. Tahniah Ashraf! Kita Cemerlang Tanpa DARVIH!!



Friday, 13 October 2017

PPDa @ HSN

Hari Sukan Negara disambut meriah setiap tahun. Dalam kegembiraan dan keseronokan bersenamrobik dan bersukan, guru-guru, murid-murid dan staf SKTPP tak pernah lupa menghebahkan semangat Benci DARVIHnya. Awesome...