- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Thursday, 12 October 2017
Friday, 6 October 2017
Lawatan Penanda Arasan SK Oran, Perlis
Hari ini SKTPP menerima lawatan penanda arasan SK Oran, Mata Ayer, Perlis. Terima kasih buat Guru Besar; En. Adzhar bin Shafie serta guru-guru SK Oran atas kunjungan. Para pelawat dibawa ke Bilik Sumber PPDa dan Ujana Ilmu (Pusat Sumber Sekolah). Semoga lawatan ini dapat merapatkan hjbungan silaturrahim.kedua-dua buah sekolah dan masing-masing dapat berkongsi ilmu untuk manfaat anak-anak didik kita. Moga silaturrahim berpanjangan...
Hingga berjumpa lagi
Monday, 2 October 2017
Kunjungan Mesra Penceramah Melangkah Ke Alam Menengah di Bilik Sumber PPDa SKTPP
Mengambil kesempatan menyampaikan ceramah "Melangkah Ke Alam Menengah" kepada murid-murid Tahun 6, En. Muhammad bin Md. Derus dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) KPM telah singgah ke Bilik Sumber PPDa SKTPP. Beliau sangat teruja dengan bilik tersebut yang pada pendapat beliau sangat lengkap lagi menarik. Beliau mengucapkan tahniah kepada kepimpinan dan guru-guru serta warga sekolah yang telah mewujudkan Bilik Sumber PPDa yang begitu hebat. Alhamdulillah.. Semoga anak-anak murid SKTPP mendapat manfaat yang maksimum daripada bilik yang telah diusahakan ini.
"Jiwa yang sihat lahir dari hati yang bersih. Hati yang bersih jauh daripada ancaman DARVIH"
"Jiwa yang sihat lahir dari hati yang bersih. Hati yang bersih jauh daripada ancaman DARVIH"
Tuesday, 29 August 2017
Selamat Bersara Tn. KPPD Sepang
Selamat Bersara buat Ketua PPD Sepang; Tn. Hj. Khairi bin Bidin. Semoga berbahagia di samping keluarga, di dunia dan akhirat. Segala jasa-jasa tuan terhadap dunia pendidikan dan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) khususnya di SKTPP takkan kami lupakan. Terima kasih atas segala-galanya...
Kami Komited Benci Dadah
Wednesday, 16 August 2017
PPDa @ Pemantauan Linus
Hari ini sekolah dikunjungi oleh pemantau-pemantau Linus yang terdiri daripada pegawai-pegawai Linus dari JPN Selangor. Turut hadir ialah pegawai Fasilinus PPD Sepang. Terima kasih tuan-tuan atas pemantauan dan bimbingan. Terima kasih juga kerana menyokong SKTPP dalam misi Benci DARVIH. Semoga usaha murni kita untuk meningkatkan penguasaan murid dalam akademik seiring dengan hasrat membanteras penyalahgunaan DARVIH dalam kalangan murid dan warga pendidikan.
"Cemerlang Tanpa DARVIH"
"Cemerlang Tanpa DARVIH"
Kami Benci DARVIH
Tuesday, 1 August 2017
Program Info 5 Minit Antidadah
Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang
banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa
bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan
pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan
berguna kepada masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini
dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh
pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat
membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali
dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi
kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah
rendah.
Laporan
Info 5 Minit Antidadah
Tarikh :
1 Ogos 2017
Nama
Sahabat PPDa
Zuhry
Zayyan bin Zunaizan (4 Tabla)
Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (3 Vanadium)
Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (3 Vanadium)
TAJUK : DEFINISI HIV/AIDS
HIV ialah akronim kepada Human Immunodefiency Virus. Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan merekayang dijangkitiHIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
Pembawa HIV dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila mereka dijangkiti penyakit-penyakit tertentu maka mereka dipanggil mengidap AIDS.
AIDS adalah akronim kepada Acquired Immunodefiency Syndrome. AIDS sering disalahfaham sebagai satu penyakit. Hakikatnya TIDAK kerana AIDS merujuk kepada sekumpulan penyakit yang biasa dialami pembawa HIV. Ianya dinamakan Jangkitan Opportunistik (JO).
JO merupakan jangkitan yang "mengambil kesempatan" kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.
JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































