Terima kasih buat guru-guru dan murid-murid yang telah mengecat baru tapak perhimpunan sekolah dengan kesan halo Benci DARVIH yang lebih segar. Semoga anak-anak murid, warga sekolah dan pelawat-pelawat akan lebih bersemangat memerangi dadah dan DARVIH..
- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Friday, 30 September 2016
Sunday, 25 September 2016
PPDa Merentas Benua @ Padang / Bukittinggi
Mengambil kesempatan bercuti di Padang / Bukittinggi, Indonesia pada 22 hingga 25 September 2016, Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah bersama rakan-rakan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang serta ahli rombongan telah menghebahkan mesej Benci Dadah dan DARVIH di sana. Bahkan guru-guru dsn murid-murid di sekolah yang dilawati turut sama memberi kerjasama dengan bergambar dengan menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan membanteras dadah. Rakyat Indonesia juga sama-sama giat memerangi dadah dengan istilah "Anti Narkoba".
Friday, 23 September 2016
Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah
Objektif aktiviti ini adalah
seperti berikut:
- Memberi maklumat berkaitan bahaya penyalahgunan dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV/AIDS serta perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi menghindari aktiviti yang tidak sihat.
- Mengingatkan semua warga sekolah tentang Visi dan Misi PPDa.
- Menanam perasaan cinta dan sayangi diri di kalangan murid-murid serta guru, seterusnya melahirkan warga yang bebas dari dadah.
- Mewujudkan kerjasama semua warga sekolah dalam memerangi D.A.R.V.I.H.
Aktiviti-aktiviti telah
dijalankan seperti ketetapan di bawah:-
Pertandingan
Buku Skrap PPDa
Tarikh : 11 April 2016 (Isnin)
Masa :
2:00 petang hingga 4:00 petang
Tempat: Dewan Putra
Murid yang terlibat: Semua murid tahap 2
Pertandingan
Kuiz DARVIH
Tarikh : 28 Julai 2016 (Khamis)
Masa :
2:00 petang hingga 4:00 petang
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahap 1
Tarikh : 12 Ogos 2016 (Jumaat)
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahun 3
Pertandingan
Melukis Poster
Tarikh : 1 September 2016 (Khamis)
Masa :
8:00 pagi hingga 9:00 pagi
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahun 4 & 5
Tarikh : 22 September 2016 (Khamis)
Masa :
8:30 pagi hingga 9:30 pagi
Tempat: Kelas masing-masing
Murid yang terlibat: Semua murid tahun 6
Tuesday, 20 September 2016
Program Info 5 Minit Antidadah
Objektif program:
I. Info ini dapat memberi pendedahan yang
banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya
dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan
kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada
masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan
Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang
merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain
dalam membanteras gejala DARVIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan.
Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada
pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.
Laporan 5 Minit Antidadah
Tarikh : 20 September 2016
Nama Sahabat PPDa
Majdina Afiqah binti Mahadir (6 Zeta)
Nurul Anis binti Zulazmani (3 Seruling)
TAJUK
: INHALAN
Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.
Jenis-jenis Inhalan

§
Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam,
cecair pemadam dan dakwat pen.
§
Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten
dan nitrous oksida.
§
Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut
dan penyembur pelindung fabrik.
§
Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.
Cara Penggunaan : Menghidu
Ciri-ciri Penagih Inhalan : Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.
Kesan / Akibat Serta-merta : Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.
Jangka panjang :Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut

Monday, 19 September 2016
Mesyuarat 3 in 1
Hari ini, Unit PPDa mengadakan 3 mesyuarat serentak iaitu;
1. Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Penghakiman Bilik Sumber Kebangsaan
2. Mesyuarat Jawatankuasa Bilik Sumber PPDa
3. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana PPDa
Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin hasil kerjasama semua..

Monday, 5 September 2016
Masuk MHI TV3 Lagi
Bilik Sumber PPDa SKTPP masuk Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 lagi (siaran yang lepas sila klik di sini). Kali ini sempena Persediaan UPSR pula. Semoga Ketua Murid; Ashraf Aqasha dan Penolong Ketua Murid; Annisa dapat meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga sahsiah berkat bimbingan ibu bapa dan para guru.
Sesungguhnya perjuangan menentang DARVIH memerlukan ilmu yang boleh dikuasai melalui info yang banyak terdapat dalam Bilik Sumber PPDa sekolah. Semua murid SKTPP berkemahiran dan boleh diharap menjadi agen Benci DARVIH ini. Jangan disia-siakan kejayaan dalam akademik dengan tingkah laku yang membinasakan diri. Jom tonton MHI sempena hari pertama UPSR 5 September 2016....

Saturday, 3 September 2016
Shooting MHI lagi
Pihak TV3 telah turun lagi ke sekolah membuat penggambaran Malaysia Hari Ini (MHI). Kali ini berkisar mengenai topik Persediaan Menjelang UPSR. Wartawan telah menemuramah murid, ibu bapa, guru dan Guru Besar. Di akhir sesi penggambaran, lokasi yang dipilih ialah di luar dan dalam Bilik Sumber PPDa yang sangat dikagumi oleh wartawan Syasya. Jangan lupa menonton siaran MHI pada hari Isnin; 5 September 2016 bersamaan dengan hari pertama UPSR. Selamat Menduduki UPSR buat anak-anak murid Tahun 6 SKTPP. Semoga berjaya dengan cemerlang tanpa DARVIH!
(Penggambaran yang lepas sila klik di sini)
(Penggambaran yang lepas sila klik di sini)
Subscribe to:
Posts (Atom)