Jom warga SKTPP kita bersiap-siaga untuk perjuangan seterusnya. 16 Februari 2016 akan diadakan penarafan @ penilaian @ penghakiman Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor buat kali ke-2. Semoga kita berjaya dan seterusnya dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan 2016. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha...
- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Thursday, 7 January 2016
Mesyuarat Think Tank PPDa 2016
Selamat Tahun Baharu 2016. Awal-awal tahun ni para think tank PPDa telah berbincang bagi mengadakan gerak kerja dan program-program PPDa untuk tahun ini. Terima kasih buat YAB TPM atas sumbangan yang telah diberi tempoh hari. Sesungguhnya ia banyak meringankan beban kami untuk membuat persiapan dan melengkapkan lagi Bilik Sumber PPDa SKTPP.
Tuesday, 24 November 2015
Mesyuarat JKPD
Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK kerana telah menjemput Guru Besar SKTPP menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) bil. 3/2015 di Pejabat AADK Daerah Sepang. Selain GB, turut sama ialah YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat; Naib Yang Dipertua PIBG SKTPP yang lebih awal menjadi ahli JKPD.3
Pengerusi JKPD; YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif tidak dapat bersama dalam mesyuarat kali ini kerana masih cuti sakit. Didoakan semoga YB akan cepat pulih sepenuhnya setelah menjalani pembedahan beberapa bulan yang lepas. Tahniah kepada Timbalan Pengerusi JKPD; En. Mohd. Rusydan yang telah mempengerusikan mesyuarat dengan lancar dan begitu santai sekali.
Tahniah juga kepada ahli-ahli JKPD yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, IPG Kampus Teknik, Tekun Nasional, Rela, Jabatan Perpaduan, Penghulu Mukim Lanjut merangkap Setiausaha Pemadam, Ketua Kampung Labu Lanjut, Jabatan Perpaduan, Pengerusi KRT dan pengusaha syarikat yang hadir sama. Sesungguhnya JKPD telah memberi komitmen yang sangat cemerlang sepanjang tahun 2015 ini.
Dalam mesyuarat ini JKPD telah membincangkan pelbagai cadangan program untuk tahun 2016. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen semua...
Wednesday, 18 November 2015
Lawatan Tn. Hj. Helmy ke Bilik Sumber PPDa SKTPP
Sempena perasmian Hari Anugerah Cemerlang oleh Tn. Hj. Helmy bin Arshad; YDP PIBG SK Taman Seroja SKK, beliau telah dibawa melawat ke Bilik Sumber PPDa SKTPP. Beliau melahirkan rasa teruja dengan keunikan bilik sumber tersebut. Terima kasih tuan haji....
Saturday, 7 November 2015
Friday, 6 November 2015
Lawatan Murid-Murid Ke Bilik Sumber PPDa
Sebagai memenuhi agenda hujung tahun, murid-murid telah disusun jadual lawatan ke Bilik Sumber PPDa mengikut kelas sesi pagi dan petang serta PPKI. Sahabat PPDa bertugas mengawal murid dan memberi penerangan berkaitan maklumat dan info yang ada di setiap terminal dan sudut bilik PPDa tersebut. Secara tak langsung ianya dapat melatih Sahabat PPDa agar lebih lancar dalam berkomunikasi dan memantapkan lagi pengetahuan berkaitan DARIH. Semoga lawatan ini dapat menyebarluaskan lagi info DARIH kepada murid-murid SKTPP...
Subscribe to:
Posts (Atom)














































