Saturday, 8 November 2014

PPDa @ Lawatan Melaka

Unit Beruniform SKTPP telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Melaka. Sambil menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman, para peserta tidak pernah lupa menyemarakkan semangat Benci Dadah sepanjang lawatan di Bandaraya Bersejarah tersebut...




Mini Karnival - Konvoi Anak Muda "Jom Cegah Dadah"

Semua warga SKTPP dijemput hadir ke Mini Karnival-Konvoi Anak Muda "Jom Cegah Dadah"

Tarikh   : 9 November 2014 (Ahad)
Tempat  : Pusat Penjaja Taman Putra Perdana
Masa      : 8.00 pagi - 12.30 tgh hari
Anjuran : AADK Sepang 

 

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Futsal, Konvoi Bermotor dan lain-lain lagi. Karnival ini juga akan dirasmikan oleh Y.B Tuan Shahrum b Mohamad Shariff. Jom datang beramai-ramai memeriahkan lagi karnival ini.

"Sejahtera Tanpa Dadah"

 




Friday, 7 November 2014

PPDa @ Sambutan Maal Hijrah

Minggu Maal Hijrah 1436 SKTPP telah ditutup dengan Ceramah Awal Muharam. Syukran ya ustaz kerana sudi memberi ceramah kepada murid-murid dan para guru...

Tema Maal Hijrah via Benci Dadah
 
Penceramah sesi pagi - ustaz Fazli
 
Penceramah sesi petang - ustaz Razlan

Al Aqwa Benci Dadah

Terima kasih banyak buat Syarikat Al Aqwa yang telah memberikan sumbangan jus Memoreen Plus serta kewangn kepada anak-anak Pendidikan Khas SKTPP. Pengurus Syarikat Al Aqwa serta krewnya telah datang ke sekolah menyerahkan sumbangan tersebut sambil singgah ke Bilik Sumber PPDa melihat pameran DARIH.....






Tuesday, 4 November 2014

Penghakiman Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu : Penghakiman Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2014...








Sunday, 2 November 2014

Ben 10 Benci Dadah

Semalam Cikgu Mus jumpa pemain bola sepak kebangsaan; Saudara Norfarhan b. Mohammad aka Ben 10. Abang Ben 10 sangat sporting - turut sepakat membenci dadah...

Cemerlang tanpa dadah

Saturday, 1 November 2014

PPDa @ Majlis Graduasi Tahun 6

Majlis Graduasi Tahun 6 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Perdana SKTPP. Para graduan begitu teruja sepanjang majlis ekoran suasana dan aura yang dicetuskan di bawah alunan irama gamelan yang sangat menusuk kalbu.    
   Sesungguhnya anak-anak yang cemerlang ini adalah hasil didikan para guru dan ibu bapa serta semangat benci dadah yang tertanam di dalam sanubari mereka. Selamat Maju Jaya buat semua murid Tahun 6. Cikgu doakan kejayaan anak-anak murid sekalian dalam menempuh perjalanan hidup yang penuh ranjau dan duri. Insya Allah kamu adalah agen yang akan mempengaruhi rakan-rakan dan keluarga agar sentiasa membenci dadah dan DARIH.
   Jom saksikan semangat Benci Dadah yang terpamer sepanjang majlis tersebut...