Thursday, 22 May 2014

PPDa @ Festival Nasyid PPKI

Tahniah kepada pasukan nasyid PPKI SKTPP atas penyertaan dalam Festival Nasyid peringkat Daerah Sepang yang berlangsung di SK Kota Warisan....
Murid-murid dan guru-guru PPKI sentiasa ceria tanpa dadah

Singgah rumah GB kejap sambil mengabadikan hasrat Benci Dadah

Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber PPDa 3/2014

Hari ini, pukul 12.50 tengah hari telah diadakan Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber PPDa buat kali ketiga. Seramai 24 orang ahli jawatankuasa telah hadir dalam mesyuarat kali ini. Agenda utama mesyuarat kali ini bertujuan mengetahui perkembangan kerja bagi setiap JK yang telah dilantik.

Syabas kepada rakan-rakan guru semua kerana telah memberi komitmen yang baik dalam melaksanakan apa yang telah dirancang. Semoga komitmen yang berterusan mampu memberi kesan kepada matlamat utama penubuhan Bilik Sumber ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Ahli Jawatankuasa sedang bermesyuarat

Monday, 19 May 2014

PPDa @ Pertandingan Asah Bakat Pandu Puteri

Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : SMK Seri Sepang
(laporan lanjut dalam blog sekolah di sini)


Selepas pertandingan
Semasa perhimpunan di sekolah

Saturday, 17 May 2014

Penyebaran Info Dadah

Sahabat PPDa telah mengedarkan penanda buku yang mengandungi info tentang dadah di beberapa buah kedai dan tempat strategik sekitar Taman Putra Perdana. Ini bertujuan agar masyarakat setempat mendapat maklumat tentang D.A.R.I.H serta menjauhi diri daripadanya...


Terima kasih atas sokongan semua

Friday, 16 May 2014

PPDa @ Hari Guru Sekolah

Slogan Benci Dadah sentiasa berkumandang di sekolah saban masa. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertambah meriah dengan perkongsian Anti Dadah kami....