Friday, 21 March 2014

PPDa @ Merentas Desa

Pada 20 Mac 2014 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat SKTPP. Syabas kepada semua murid atas kerjasama dan semnagat kesukanan yang ditunjukkan. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi pada masa depan. Jelas sekali murid-murid yang cergas dan sihat datangnya daripada tubuh yang bebas daripada pengaruh dadah.
Sebelum dilepaskan, murid-murid bersorak "Kami Benci Dadah"
 Cikgu Hafiz menaikkan semangat pelari
Para pemenang mendaftar nama

Thursday, 20 March 2014

PPDa @ Choral Speaking

Meskipun tidak mendapat tempat dalam Pertandingan Choral Speaking peringkat Daerah Sepang, namun pasukan sekolah telah memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Semoga pengalaman yang telah diperolehi dalam pertandingan tersebut dapat digunakan untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada masa depan..
 

Wednesday, 19 March 2014

PPDa @ Program Nilam PTS

Tahun ini, SKTPP mengadakan Minggu Membaca dan Program NILAM bersama Syarikat PTS Sdn. Bhd selama seminggu. Terima kasih atas sumbangan buku-buku oleh PTS dan program-program yang diadakan di sekolah ini..
 Kek pelancaran Program NILAM
Bengkel Melukis Komik Bersama Nazry Salam
Bengkel Menulis Novel Bersama Husna Adnan
Bakal-bakal pelukis komik dan penulis novel benci dadah
Laporan lanjut program Galakan Membaca NILAM dalam blog SKTPP di sini dan blog GB di sini

Thursday, 6 March 2014

Bilik Sumber PPDa SKTPP

Inilah dia bilik darjah yang telah dipilih oleh pihak sekolah untuk dijadikan sebagai Bilik Sumber PPDa SKTPP. Pemilihan telah dilakukan oleh pihak pengurusan dan AJK PPDa sekolah atas beberapa kriteria seperti lokasi yang strategik - tingkat bawah Blok A, mudah dilawati, pengudaraan yang baik dan sebagainya.
 Wajah Bilik Sumber PPDa yang masih kosong

Wednesday, 5 March 2014

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan

Pada 4 Mac 2014, Guru-guru SKTPP telah diemput memeriahkan program Hari Antidadah Kebangsaan bertempat di  PPD Hulu Langat. Program dirasmikan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri; YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Antara delegasi PPDa SKTPP
 Guru-guru SKTPP Benci Dadah
GB bersama bekas anak murid SKKWnya yang turut hadir
Abang dan kakak sekolah menengah pun benci dadah
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Menteri Kementerian Dalam Negeri merasmikan majlis
 Logo lama AADK
Logo baharu AADK dengan cogankata "AADK Prihatin Rakyat Sejahtera"
Bersama Cikgu Rohaizat - Penyelaras PPDa SKKW

GB bersama guru-guru SKKW
 Bersama abang polis
 Bersama pegawai AADK - En. Firdaus
Wajah-wajah ceria pemimpin masa depan yang sentiasa cergas tanpa dadah

Majlis Pelancaran PPDa

Majlis pelancaran Hari Antidadah peringkat SKTPP telah diadakan pada 4 Mac 2014  yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali..
 Acara perhimpunan Isnin diadakan seperti biasa
PK 1; Pn. Siti Habsah membacakan perutusan Hari Antidadah Kebangsaan
Gimik pelancaran
Ucapan pelancaran PPDa peringkat SKTPP oleh GB
Lagi laporan majlis yang sama dalam blog sekolah di sini

Monday, 3 March 2014

PPDa @ Family Day Prolintas di Kuantan

Kesan halo "Kami Benci Dadah" telah berkumandang semasa program Family Day Prolintas di Cherating, Kuantan pada 2 Mac 2014 yang dihadiri oleh Guru Besar SKTPP bersama keluarganya (sila klik di sini). Sesungguhnya warga yang sihat dan ceria merupakan warga yang bebas daripada dadah.
 Anak bongsu GB; Rozaidi dan rakannya menunjukkan simbol "Kami Benci Dadah"
Teman-teman sepejabat suami GB yang sporting