Sebagai meneruskan usaha melukis mural PPDa dan menyudahkan lukisan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar sebelumnya, seramai 15 orang pelajar The One Academy (TOA), Bandar Sunway telah hadir ke SKTPP pada 29 dan 31 Julai 2016. Terima kasih banyak atas khidmat komuniti yang diberi. Semakin meriah keceriaan sekolah kami dan semakin berkesan impak yang dihasilkan baik dari segi imej sekolah maupun kesan halo PPDa. Semoga kolaborasi antara sekolah dan TOA dapat diteruskan pada masa depan...
- Utama
- Pengenalan
- Logo PPDa
- Visi & Misi
- Matlamat PPDa
- Carta Organisasi
- Latar Belakang
- Dalam Media
- Jenis-jenis Dadah
- Keratan Akhbar
- Akta
- Galeri PPDa 2016
- Galeri PPDa 2015
- Galeri PPDa 2014
- Ikon PPDa
- Tokoh PPDa
- Poster Sekolah 2017
- Galeri PPDa 2017
- Buku Program 2017
- Galeri IMFree 2018 / 2019
- Galeri PPDa 2019
- Galeri PPDa 2018
- Galeri PPDa 2020
Sunday, 31 July 2016
Thursday, 28 July 2016
Berita Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP
Menjelang tarikh yang dinanti-nantikan, kempen dan publisiti program induk PPDa tahun ini iaitu Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" semakin rancak dilakukan. Antaranya hebahan melalui akhbar Sinar Harian di sini...
Terima kasih atas penglibatan dan kerjasama semua. Jom CergasTanpa DARVIH..
Terima kasih atas penglibatan dan kerjasama semua. Jom CergasTanpa DARVIH..
Wednesday, 27 July 2016
Think Tank Larian Berbincang
Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" semakin hampir. Perbincangan berkaitan perkembangan program seperti pendaftaran peserta, kutipan wang, tempahan t-shirt, sijil, hadiah dan lain-lain lagi semakin rancak. Ketua-ketua AJK sering bertemu sesama sendiri maupun di pejabat GB untuk melapor, berbincang dan menyelaraskan tindakan bagi memastikan kelancaran urusan.
Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan akhir-akhir ini. Tarikh tutup terpaksa dianjakkan lagi demi memberi peluang lebih ramai penyertaan. Diharapkan selain memastikan sambutan yang hangat dari orang ramai, apa yang penting diharap kutipan dapat 'balik modal'. Bahkan diharapkan lebih banyak pulangan dapat diterima bagi memenuhi objektif program iaitu untuk mencari dana bagi menampung program PPDa dan menaiktaraf Bilik Sumber PPDa SKTPP. Doa agar segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Amiinn..
Menyerahkan sumbangan KKGK SKTPP kepada Bendahari larian sebagai bayaran t-shirt guru
Tuesday, 19 July 2016
Perjumpaan dengan Tn. Hj. Helmy
Dalam usaha memohon sumbangan untuk program Larian Amal Cergas Tanpa DARVIH SKTPP 2016, pihak sekolah dan PIBG telah menulis surat kepada banyak pihak memohon sumbangan dan penyertaan. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Helmy bin Arshad, YDP PIBG SK Taman Seroja merangkap Pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Parlimen Sepang yang sudi turun padang hadir sendiri ke SKTPP bagi menerima surat tersebut. Semoga mendapat pertimbangan khas dari tuan haji untuk membantu kami bagi menampung kos penganjuran larian ini. Kerjasama tuan haji amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih..
Naib YDP PIBG YM Tengku Norsyawalludin, GB Pn. Rohaidah, GP Kokurikulum En. Shahrizal bersama Tn. Hj. Helmy Arshad
Mesyuarat AJK Larian Amal Bil. 4
Mesyuarat AJK Larian Amal Cergas Tanpa DARVIH bil. 4 telah diadakan hari ini. Turut hadir; Pengurus Program YM Tengku Norsyawalludin b. Tengku Mamat yang juga merupakan Naib YDP PIBG SKTPP.
Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa bilangan penyertaan Larian telah bertambah berbanding sebelum ini. Semoga lebih ramai yang akan menyertai acara larian kami ini baik kategori terbuka, fun run maupun murid sekolah rendah dan menengah. Semoga usaha ini mendapat sokongan semua pihak. Terima kasih..
Program Info 5 Minit Antidadah
Objektif program:
I. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai
‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah
kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada
rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada
masyarakat.
Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan
Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang
merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain
dalam membanteras gejala DARIH.
Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan.
Diharapkan semoga program 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada
pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.
Laporan 5 Minit Anti
Dadah
Tarikh : 19 Julai 2016
Nama Sahabat PPDa
Nurul Izzati binti Rosdi (5 Utarid)
Nurin Irdina binti Fadir (3 Rebana)
Nurin Irdina binti Fadir (3 Rebana)
|
Wednesday, 13 July 2016
Perbincangan dengan Pegawai Khas Dato' Mohd Nazifuddin
Perbincangan bersama pegawai-pegawai khas Y.Bhg. Dato' Mohd. Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd. Najib (Presiden Youth On Unity - YOU) mohon bantuan penyertaan dan kewangan untuk menganjurkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" diikuti lawatan ke Bilik Sumber PPDa. Semoga ada rezeki kita...
En. Rahim dan Mohd. Faiz bersemangat membantu
Lawatan ke Bilik Sumber PPDa
NYDP PIBG; En. Syawal menyampaikan ole-ole buat En. Rahim
Terima kasih atas sokongan & bantuan
Monday, 4 July 2016
Saturday, 2 July 2016
PPDa @ Menjelang Hari Raya
Sempena hari baik bulan baik yang bakal menjelma, guru-guru ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada murid-murid, ibu bapa dan semua pihak. Marilah kita menyambut hari lebaran ini dengan penuh keinsafan dan iltizam untuk membanteras najis dadah dan DARVIH yang merupakan musuh utama negara..
Subscribe to:
Posts (Atom)