Friday 2 March 2018

Majlis Pelancaran PPDa & Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2018



Tarikh : 2 Mac 2018 
Masa : 7:50 a.m. (sesi pagi) 2:40 p.m. (sesi petang)
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Objektif
~ Menguar-uarkan program dan aktiviti PPDa kepada warga sekolah.
~ Pengiktirafan kepada Sahabat PPDa sebagai Agen Benci DARVIH.
~Melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membasmi DARVIH.

Visi 
~ Sekolah Bebas Dadah 

Misi
~ Melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa yang bersepadu & menyeluruh daripada aspek pengurusan & kepimpinan,kurikulum , kokurikulum, pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada pengaruh dadah. 



Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Manakala Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah binti Mohd Ali telah melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) pada sesi petang.
 Setelah selesai Majlis Pelancaran PPDa yang begitu meriah, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah berlangsung dengan jayanya di mana seramai 14 orang pelajar tahap 1 dan 34 orang pelajar tahap 2 telah dilantik sebagai Sahabat PPDa. Sahabat PPDa ini diwujudkan sebagai Agen Benci DARVIH yang dapat  membantu guru-guru dalam melaksanakan program-program PPDa sepanjang tahun.
      Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan agenda penting sekolah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada seluruh warga SKTPP agar mereka menjauhi dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS serta berupaya menentang ancaman dadah dengan sebagaimana visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah.


















No comments:

Post a Comment